PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang kandungan membabitkan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV). Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata perkara itu akan diberi perhatian selepas ini dan pasukan kandungannya juga akan memperhalusi setiap perkongsian bagi mengelakkan paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum. Kata Fazley, langkah itu penting bagi memastikan kandungan yang dikongsikan dapat menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.Fazley memohon maaf atas kandungan yang dikongsi kepada umum. "Keterujaan pasukan untuk berkongsi momen tertentu akan diperhalusi untuk masa akan datang."Saya sebagai 'bakal imam DSV' akan usahakan agar ia lebih mencerminkan contoh yang baik. "Terima kasih semua, doakan kami. Cuma bahagian DSV gelak saya tak boleh tau sebab saya suka," katanya menerusi hantaran di Threads pada Khamis. .ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan ‘content’ atau gimik tapi hubungan dari hati” - Fazley Yaakob dah dapat restu ibu, tunggu masa umum nikah VidaARTIKEL BERKAITAN: Tersasul panggil ‘sayang’, Vida mengaku ada hubungan dengan Fazley... Siap tunjuk cincin di jariDalam pada itu, Fazley turut memohon maaf bagi pihak pasukan kandungan mereka berhubung paparan yang disifatkan kurang sesuai sebelum ini."Terima kasih yang mendoakan DSV (panggilan Vida), Alhamdulillah dia dah pulih dan baik-baik saja. "Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum itu, mohon maaf bagi pihak pasukan kandungan kami. Fazley mengakui akan lebih berhati-hati dan menunjukkan contoh lebih baik. "Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau timbulkan spekulasi distruktif," ujarnya. Sebelum ini, Fazley tidak lagi berselindung mengenai kemesraannya dengan Vida, malah menjelaskan keintiman mereka bukan sekadar gimik, sebaliknya hubungan sebenar yang berputik daripada hati yang ikhlas.Pasangan itu mula akrab sejak mereka dan anak masing-masing, Cik B dan Fariedz menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) kira-kira tiga bulan lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube