suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Janna Nick tamat belajar di UK dengan keputusan cemerlang, setahun sorok pengajian bimbang penyakit ain

PELAKON Janna Nick akhirnya menamatkan pengajian dalam jurusan Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom (UK) dengan keputusan cemerlang.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata kejayaan itu menjadi penutup kepada segala penat lelah sepanjang setahun menuntut ilmu di luar negara.

“Saya sudah pun berjaya menamatkan pembelajaran di sana (UK) dengan keputusan cemerlang. 

“Jadi sekarang ini dah habis belajar dan sudah pulang ke Malaysia, namun akan ke UK semula untuk majlis graduasi. 

Janna bersyukur dapat menamatkan pembelajaran dengan meraih keputusan cemerlang.

“Alhamdulillah penat lelah saya berbaloi. Saya tak jangka sebenarnya tapi rezeki Allah izinkan perkara ini (keputusan cemerlang) terjadi,” katanya kepada mStar. 

Janna berkongsi perkara itu ketika ditemui di Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang diadakan di MyKart Raceway, Shah Alam pada Ahad. 

Dalam pada itu, Janna memberitahu sepanjang berada di UK, dia sengaja tidak berkongsi secara terbuka mengenai pengajiannya kerana bimbang terkena penyakit ain.

“Saya punya level takut sebenarnya tak mahu kongsi apa-apa fasal pengajian di sana bimbang kena penyakit ain. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mula hidup persekitaran baharu di London, Janna Nick doa dapat baby

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah raih keputusan cemerlang, Janna Nick tak sambung belajar demi cari rezeki untuk keluarga

“Setahun saya tak cerita apa-apa sampailah dapat keputusan barulah saya kongsikan. 

“Walaupun saya selalu buat vlog kehidupan di sana, tetapi saya tak buat video tunjuk pergi belajar,” ujarnya.

Tambah pelakon drama Syurga Nur itu, dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi secara terbuka kerana terlalu menginginkan kejayaan dalam pengajian itu.

Saya punya level takut sebenarnya tak mahu kongsi apa-apa fasal pengajian di sana bimbang kena penyakit ain. 

JANNA NICK

PELAKON

“Saya takut penyakit ain sebab saya nak sangat berjaya dalam pengajian yang saya ambil ini. 

“Kalau perkara yang saya terlalu inginkan, saya takkan buat content. 

“Saya hanya buat content tentang perkara-perkara biasa dalam hidup,” jelasnya.

Sementara itu, kejayaan tersebut turut menyuntik semangat buat Janna untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, dia sudah mula mencari peluang untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Janna dan Dini (kiri) sudah setahun berhijrah ke UK.

“Lepas dapat keputusan saya terus cari dekat mana nak sambung PHD. 

“Tak tahulah mungkin di Malaysia atau kalau ada rezeki lebih boleh sambung di luar negara,” katanya. 

Pada September tahun lalu, Janna berkongsi keterujaannya memulakan kehidupan baharu di kota London bersama suami, pelakon Dini Schatzmann.

Janna bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai penghijrahannya itu, namun dipercayai dia berada di UK bagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Artikel Lain