suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarimah Ibrahim sambung belajar di Harvard Medical School, mahu jadi pelakon lebih berilmu

Sarimah sambung pengajian di Harvard Medical School.

TIDAK mahu berhenti menuntut ilmu, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim bakal mengikuti pengajian di Harvard Medical School menerusi program Kesihatan dan Kesejahteraan Wanita dalam masa terdekat.

Sarimah, 48, berkata keputusan menyambung pengajian itu dibuat kerana mahu memahami dirinya dengan lebih mendalam, khususnya berkaitan tubuh, emosi serta perubahan yang dilalui wanita pada setiap fasa kehidupan.

Malah, dia percaya ilmu yang diperoleh kelak dapat dimanfaatkan dalam kerjayanya sebagai pelakon bagi menghasilkan watak yang lebih mendalam.

Sarimah tidak akan berhenti menuntut ilmu.

"Saya memang sangat teruja dan melihatnya sebagai kesinambungan, bukan satu permulaan yang baharu.

"Sepanjang kerjaya, saya sentiasa mencari ruang untuk belajar sesuatu, sama ada psikologi, coaching, trauma, kaunseling, kesihatan ataupun wellness.

"Saya percaya seorang pelakon sebenarnya tidak pernah berhenti belajar tentang manusia. Lagi banyak kehidupan yang kita fahami, lagi banyak yang boleh kita bawa ke skrin. Itu objektif utama saya," katanya kepada mStar.

Bagi Sarimah, dunia seni dan pembelajaran tidak pernah menjadi dua perkara yang terpisah kerana kedua-duanya saling melengkapi dalam membentuk dirinya sebagai seorang pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim pernah tolak tawaran siri Netflix ‘Wednesday‘ demi prinsip moral, tak sanggup berlakon babak cium

ARTIKEL BERKAITAN: Penting kemahiran mendengar, Sarimah Ibrahim nasihat pelakon jangan ego lontar dialog

"Saya bukan belajar untuk meninggalkan dunia seni, sebaliknya supaya boleh membawa lebih banyak ilmu dan pengalaman.

"Saya sambung belajar di Harvard kerana ingin menjadi anak seni yang lebih berpengetahuan, memahami pelbagai watak dan menambah kredibiliti sebagai anak seni," kongsinya.

Menurut Sarimah lagi, pengajian tersebut mengambil masa selama setahun dan dijalankan secara dalam talian serta separuh masa.

Justeru, dia tidak melihat keperluan untuk berehat daripada dunia seni kerana masih boleh membahagikan masa antara pengajian dan kerjaya.

Saya tahu disiplin yang diperlukan.

CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM

PELAKON

"Kerjaya lakonan akan terus berjalan seperti biasa dan saya tidak mengambil cuti atau berehat.

"Saya masih akan berlakon, mengacara, menerbitkan dan meneruskan projek-projek saya. Malah, salah satu sebab utama saya mahu terus belajar adalah untuk menjadi pelakon yang lebih baik," ujarnya.

Berkongsi mengenai cara mengimbangi kerjaya dan pengajian, Sarimah berkata pengalaman itu sudah dilalui sejak awal pembabitannya dalam industri seni.

"Saya pernah berada di set dengan buku akademik dan skrip di sebelah-sebelah kerana perlu belajar untuk peperiksaan dan pada masa sama menghafal dialog untuk babak seterusnya.

Sarimah mahu mendalami emosi dan perubahan hidup wanita.

"Jadi, saya tahu disiplin yang diperlukan. Sekarang keadaannya lebih fleksibel kerana program ini dijalankan secara dalam talian.

"Saya boleh belajar mengikut jadual sendiri, sama ada ketika penggambaran, melancong atau pada waktu yang memang saya khususkan untuk belajar," ujarnya.

Walaupun sibuk dengan pelbagai perkara, Sarimah berkata pelbagai karya akan menemui penonton pada awal 2027 selain mencari peluang lebih banyak untuk membawakan watak yang lebih mencabar.

"Hari ini saya juga seorang ibu, isteri, pelakon, pengacara, penerbit dan menguruskan syarikat.

"Jadi, sudah tentu saya perlu bijak mengurus masa dan tahu bila perlu berehat," jelasnya.

Artikel Lain