SENGKETA antara Jep Sepahtu dan Shuib nampaknya kembali membara apabila pelawak itu tampil membidas rakannya yang didakwa terus memainkan sentimen persahabatan dalam kandungan podcast.Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, berkata dia sudah muak apabila Shuib berterusan memainkan isu sama dan menjadikan konflik persahabatan mereka sebagai bahan publisiti. Menurut Jep, dia tidak selesa apabila isu persahabatan mereka terus dibangkitkan sehingga didakwa boleh menimbulkan salah faham dan membuatkan orang ramai bersangka buruk terhadap dirinya."Teringat dulu kau pernah cakap 'bad publicity is still publicity'. Hari ni aku nak ingatkan kau, yang aku sama seperti dulu tak hamak benda-benda publisiti ni. "Sudah-sudah la main sentimen persahabatan untuk kau punya marketing. Game apa sebenarnya yang kau nak main ni? Ke kau tengah khayal?Jep berkongsi perbualan mesej bersama Shuib. "Lagi satu Rahim ada tunjuk aku video podcast kau cakap pasal payment. Kita tak pernah deal payment untuk kumpulan. Dari dulu semuanya deal individu," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.Bersama kapsyen ditulis tersebut, Jep turut memuat naik potongan klip daripada episod podcast yang memaparkan Shuib dan Mamat meminta pandangan pelawak Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa dilakukan secara tidak adil.Meskipun tidak menyebut nama, ia dipercayai seolah-olah merujuk kepada Jep yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu.Justeru itu, Jep berkata sekiranya benar terdapat isu membabitkan pembayaran seperti yang diperkatakan, Shuib sepatutnya menyebut perkara itu secara jelas dan tidak memberikan gambaran yang boleh menjejaskan reputasinya."Kalau betul memang ada cerita pasal payment tu, gentle sebutlah nama, senang sikit aku nak hantar LOD (notis tuntutan).ARTIKEL BERKAITAN: Tiada faedah bergaduh! Jep Sepahtu nafi bermasam muka dengan Shuib, Mamat… "Kalau jumpa boleh tegur dan minum sekali"ARTIKEL BERKAITAN: Mamat kongsi momen Shuib doa untuk Rahim depan Kaabah, Jep tak dilupakan"Jangan berkias-kias kat podcast dan try hard buat orang bersangka buruk untuk benci aku. "Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih daripada mencuci duit nak nampak kan dia bersih," ujarnya. Dalam pada itu, Jep turut mendedahkan dia sudah memohon maaf kepada Shuib meskipun banyak isu telah berlaku antara mereka.Malah, pelawak itu turut berkongsi paparan mesej yang dihantar pada tahun 2022 dan terakhir pada tahun 2026 iaitu Aidilfitri lalu namun tidak mendapat sebarang balasan."Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat kat aku. Aku dah tersangat muak dengan isu ini. Dari kiri: Jep, Mamat dan Shuib pernah menganggotai kumpulan Sepah. "Aku tak kisah pun kau tak reply whatsApp aku tapi janganlah depan public kau wayang kononnya kaulah yang terpaling mulia dalam bersahabat. "Mungkin kau risau kot kalau isu ni selesai dah tak ada pula isu kau nak mainkan," luahnya.Sementara itu, Jep turut menasihati Shuib agar menyelesaikan perkara yang lebih penting daripada sibuk memikirkan mengenai orang lain."Daripada kau buat fitnah tak sudah, lebih baik kau selesaikan EPF orang yang kau dah potong tapi tak bayar."Aku bukan jenis yang makan hak orang bro. Insya-Allah aku sangat jaga sumber yang aku dapat. Aku ingat jual air sale 150 juta dah boleh hidup tenang dah."Macam-macam orang dah kau kumpul kat podcast kau untuk burukkan aku, tu pun masih tak tenang ke?" jelasnya.Dalam hantaran berkenaan juga, Jep meninggalkan pesanan kepada Shuib supaya berhenti menganggu kehidupannya.Malah, dia kini sedang sibuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.Jep hanya mahu memberi fokus terhadap kehidupannya bersama keluarga."Ya kau orang baik, aku orang jahat. Pergilah selamatkan diri kau. Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku. "Kalau hidup kau tak tenang itu kau punya pasal. Jangan ganggu hidup orang lain. Jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekong kau," katanya. Untuk rekod, anggota kumpulan Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat didakwa sudah tidak sehaluan sejak tahun 2014. Isu di antara mereka mula diperkatakan apabila Shuib dan Mamat berkongsi cerita bagaimana Sepah ditubuhkan menerusi temu bual dalam Dol's Podcast. Bagaimanapun, Jep tampil dengan satu kenyataan memberitahu cerita dikongsi dalam sebuah podcast kebanyakan direka atau ditokok tambah.