BERSIMPATI dengan nasib pelawak dan usahawan Shuib yang terus menjadi sasaran kecaman netizen, penyampai radio Fizie Roslan tampil berkongsi sisi peribadi sahabatnya itu yang jarang diketahui umum.Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan, 38, berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya mahu mendedahkan sisi pemurah Shuib yang disifatkan tidak lokek menghulurkan bantuan kepada mereka yang berdepan kesusahan. "Tergerak hati aku nak meluah apa yang aku rasa sebagai manusia, bukan nak menyebelahi sesiapa tapi atas dasar persahabatan dan rasa kemanusiaan kita sesama insan.Hantaran yang dibuat Fizie mengenai Shuib jadi perhatian."Bila aku tengok apa yang sedang menimpa sahabat aku Shuib, aku jadi termenung panjang."Jujur aku cakap aku kenal siapa Shuib. Aku kenal hati budi dia, betapa pemurahnya dia dan berapa banyak tangan yang dia hulurkan untuk tolong orang lain di belakang kamera termasuk aku yang ramai orang tak tahu," katanya.Fizie berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu yang turut memaparkan foto bersama Shuib.Dalam pada itu, Fizie berpendapat setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan berdepan ujian dalam kehidupan.ARTIKEL BERKAITAN: Fizie Roslan tak malu kongsi menderita buasir, sakit seperti disula dengan kayu ARTIKEL BERKAITAN: Fizie tak sangka perubahan Shuk Sahar, Dol's Podcast hilang seri selepas sahabat baik direhatkanJusteru, dia berharap orang ramai tidak terus menghukum seseorang atas kesilapan yang dilakukan sehingga melupakan segala kebaikan yang pernah dicurahkan."Tapi manusia kan? Tidak pernah sunyi daripada diuji. Sebagaimana pesan orang bijak pandai, jangan pernah hukum seseorang kerana satu kesilapan, sampai kita lupa ribuan kebaikan yang pernah dia taburkan."Apa yang berlaku sekarang ini adalah urusan antara dia dengan kawan dia. Sebagai seorang yang ada kawan, aku sayang sangat dekat semua sahabat-sahabat aku. Sebarkanlah kasih sayang, doakan yang baik-baik.FIZIEPENYAMPAI RADIO"Dalam persahabatan, biasalah ada pasang surutnya, ada kala kita diuji dengan salah faham. Biarlah mereka berdua yang selesaikan cara baik. Kita di luar ni, usah ditokok tambah cerita," ujarnya.Dalam pada itu, Fizie berkata dia turut terkesan apabila ahli keluarga Shuib turut menjadi sasaran kecaman sedangkan mereka tidak mempunyai kaitan dengan kemelut berkenaan."Cuma, satu je yang meruntun hati aku, tolonglah, jangan heret ahli keluarga mereka yang tidak bersalah. Isteri dan anak-anak kecil mereka tiada kaitan langsung dengan sengketa ini. Kasihanilah mereka.Fizie dan Shuib pernah mengendalikan podcast bersama."Sebagai sahabat, aku cuma nak titipkan satu peringatan untuk diri aku dan semua. Kalau kita tak mampu menjadi ubat yang menyembuhkan luka orang, sekurang-kurangnya janganlah kita jadi racun yang mematikan."Sebarkanlah kasih sayang, doakan yang baik-baik. Kerana di hujung cerita nanti, apa yang kita tinggalkan di dunia ini adalah doa dan kebaikan, bukan benci," jelasnya.Sebelum ini, kemelut membabitkan kumpulan Sepah yang dianggotai Jep, Shuib dan Mamat kembali menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak sehaluan sejak 2014.Susulan itu, pelbagai kisah lama membabitkan Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah, turut kembali diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.