BERSAING sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Zahid Baharudin memberitahu penyertaan kali ini juga sebagai langkah untuk terus mengembangkan kerjaya seni.Malah, menurut Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 46, dia juga mengambil peluang menyertai program tersebut disebabkan perjalanan kerjaya nyanyian yang kurang menyerlah. "Peluang ini saya ambil untuk meneruskan perkembangan karier seni sebagai penyanyi yang lama menyepi," katanya dalam satu hantaran di Threads.Zahid bakal beri saingan dalam GVF. Nama Zahid diumumkan sebagai salah seorang peserta GVF bersama tujuh penyanyi lain yang juga merupakan juara setiap musim program Akademi Fantasia.Ketika sesi sidang media GVF pada Khamis, juara Akademi Fantasia musim kedua ini memberitahu cabaran penyertaan kali ini bukanlah suatu yang mudah.Apatah lagi, pengarah muzik, Datuk Ramli MS, yang pernah menjadi pengetua AF2 juga merupakan juri tetap dalam program GVF.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gegar Vaganza‘ kembali... Juara-juara AF bakal berentap dalam ‘GV Fantasia‘ mulai 8 November ARTIKEL BERKAITAN: “Masa muda dulu saya boros teruk” - Zahid AF2 akui gagal urus kewangan ketika popular, pernah tinggal hanya RM50 untuk hidup seminggu"Nak kena jaga air muka dia, saya adalah produk dia. Saya tak boleh main-main."Ini satu cabaran dan perasaan seronok itu bertukar kepada gementar sebab bila tahu mereka yang bertanding. Mereka bukan calang-calang orang, saya kena bersedia," ujarnya.Sembilan peserta GVF diumumkan ketika majlis sidang media. Selain Zahid, peserta lain yang turut bersaing dalam GVF ialah Vince, Mawi, Faizal dan Mila JirinLebih menarik, Stacy, Firman, Faizul Sany dan Shahir juga bakal bersaing selain empat lagi peserta yang bakal diumumkan ketika konsert pertama GVF pada 8 November.