suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahir tak kecil hati ditegur turunkan berat badan, mulakan diet demi Gegar Vaganza Fantasia

Shahir terbuka terima komen peminat.

PENYANYI Shahir Zawawi tidak ambil hati membaca komen segelintir pihak menyarankan dia menurunkan berat badan selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang bakal memulakan saingan pada 8 November ini.

Menganggap itu sekadar teguran biasa, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 38, memberitahu dia kini masih dalam proses mengurangkan berat badan agar mendapat stamina yang baik ketika membuat persembahan kelak.

"Saya menganggap komen itu lucu. Dalam ramai-ramai bekas pelajar Akademi Fantasia (AF), saya antara yang nampak perubahan dari segi bentuk badan. Saya rasa peminat juga faham selepas berbelas tahun, pasti akan ada perubahan pada bentuk badan. Orang juga boleh terima penampilan tidak lagi sama seperti zaman AF dahulu.

Shahir pastikan mendapat stamina yang baik ketika membuat persembahan. 

"Sebelum mendapat tawaran GVF, berat badan saya mencecah 100 kilogram, kemudian saya berjaya menurunkan sebanyak 14kg dan kini sasaran untuk mencapai berat 75kg.

"Mungkin disebabkan faktor usia, metabolisme badan tidak lagi macam dahulu. Saya nak turunkan berat badan bukanlah kerana mahu terlalu mengejar soal penampilan, tetapi lebih kepada stamina," katanya ketika dihubungi mStar.

Shahir berkata demikian sebagai respons terhadap satu komen yang menyarankan dia menurunkan berat badan kerana menjangka akan ada persembahan melibatkan tarian sepanjang program GVF.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahir tak hilang, tiada media sosial sebab kena godam... Giat kuruskan badan sebelum keluar lagu baharu 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gegar Vaganza‘ kembali... Juara-juara AF bakal berentap dalam ‘GV Fantasia‘ mulai 8 November

Di sebalik komen tersebut, penyanyi ini juga menyambut baik sokongan peminat yang sentiasa percaya akan bakatnya meskipun kurang aktif dalam dunia seni.

"Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik dan memberi kata-kata semangat. Saya akan balas dengan persembahan terbaik. Kata-kata itu juga menjadi pembakar semangat buat saya.

"Apabila sudah lama tidak membuat persembahan, memang ada rasa gugup. Kata-kata sebegitu memberi saya motivasi," ujarnya.

Orang juga boleh terima penampilan tidak lagi sama seperti zaman AF dahulu

SHAHIR ZAWAWI

PENYANYI 

Kembali melalui rutin baharu sebagai salah seorang peserta program realiti, Shahir berkata pengalaman bergelar pelajar AF8 membuatkan dia lebih bersedia berdepan jadual yang padat.

Baginya, antara cabaran besar dalam penyertaan kali ini adalah jangkaan peminat kerana setiap peserta merupakan juara AF terdahulu dan mempunyai pengalaman dalam dunia seni.

"Kami semua pernah melalui pengalaman sepanjang AF dan dahulu lebih sukar kerana penglibatan sepenuh masa. Kali ini ada sedikit kelonggaran dari segi jadual.

Shahir antara salah seorang peserta yang bakal bersaing dalam program GVF. 

"Tekanan dan cabaran bagi saya bukanlah soal masa, tetapi lebih kepada jangkaan peminat. Kami bukan lagi pelajar AF dan kini perlu membuat persembahan di hadapan juri profesional.

"Banyak perkara juga perlu diperbaiki termasuk dari sudut komunikasi kerana sudah kekok bercakap di depan kamera," kongsinya.

 

 

Artikel Lain