MELIHAT isu rumah tangga dan penyondol antara topik yang mudah mencetuskan perbualan di media sosial, penyanyi Pasya memilih untuk menggunakan pendekatan itu bagi mempromosikan lagu terbaharunya.Pasya atau Faizul Ashraff Fauzi, 32, berkata, dia menjadikan platform Threads sebagai salah satu strategi pemasaran memandangkan artis masa kini perlu lebih kreatif dan berdikari dalam memperkenalkan karya masing-masing. Kata Pasya, dia turut mengambil inisiatif menghasilkan sendiri teaser muzik video selain menggunakan pelbagai cara bagi memastikan lagu berjudul Tak Tertanggung Lagi mendapat perhatian pendengar.“Zaman sekarang ini artis kena buat kerja sendiri juga. Teaser muzik video pun saya buat sendiri. Saya juga buat macam-macam cara untuk promosikan lagu baru ini. Pasya cuba menarik perhatian netizen di Threads.“Salah satunya di Threads. Kira macam marketinglah. Saya memang dah terjebak dengan Threads dan saya nampak ia sebagai satu platform toksik. “Kalau cerita-cerita toksik memang cepat orang ‘tangkap’ (beri perhatian). Saya tak kongsikan di Instagram, TikTok pula tempat saya buat content. Kalau di Threads memang tempat saya ‘membawang’,” katanya kepada mStar. Pasya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu ‘Tak Tertanggung Lagi’ & ‘Aku Tekad’ yang diadakan di Lumi Marketplace, Petaling Jaya pada Khamis.Mengulas lanjut, Pasya berkata, pendekatan tersebut juga bertujuan mendapatkan rujukan mengenai perkara yang menjadi perhatian pengguna media sosial berbanding hanya membuat promosi biasa.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak pinjam ah long!” - Pasya hilang RM35,000, duit kahwin habis lebur kena scamARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua tahun bersama Search, Pasya harap jadi vokalis tetapMalah, dia mengakui sengaja membawa imej ‘mak cik bawang’ menerusi strategi berkenaan selepas berbincang dengan pengarah muzik video dan pasukannya.“Sebenarnya saya buat begitu untuk cari rujukan apa yang orang mahukan. Kalau saya keluar promosi sekadar ‘nantikan album terbaharu’... okay saja tapi tak ada impak. “Ini pertama kali saya jadi makcik bawang. Saya pun sudah berbincang dengan pengarah muzik video dan team, saya sendirikan keluarkan idea ini. Muzik video ini memang fasal penyondol.“Idea asalnya saya akan bergaduh dengan Uchop di media sosial sebab orang tahu kami memang baik. Tapi bila fikir semula cerita penyondol ini lebih dapat perhatian. Kiranya saya ‘menunggang’ toksik di Threads,” ujarnya. Dalam perkembangan sama, lagu Tak Tertanggung Lagi merupakan hasil kerjasama Pasya bersama Aryan Putra Entertainment (APE) dan A*CAP (Archive Capital).Lagu hasil tulisan Aryan Putra itu diinspirasikan daripada kisah benar seorang sahabat rapat mereka yang melalui episod kegagalan rumah tangga.Pasya mengambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan lagu baharu.“Tak Tertanggung Lagi merupakan hasil tulisan Aryan Putra, diinspirasi daripada kisah sebenar seorang sahabat rapat mereka yang melalui episod kegagalan rumah tangga. “Apabila saya tahu kisah di sebalik lagu itu, perasaan ketika menyanyikannya memang berbeza. Saya mahu menyampaikan emosi dengan jujur supaya pendengar dapat merasai apa yang cuba disampaikan,” katanya. Sebelum ini, Pasya mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran di Threads berhubung dakwaan kecurangan seorang artis lelaki yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan wanita berstatus isteri orang.Bagaimanapun, hantaran berkenaan rupa-rupanya sebahagian daripada strategi pemasaran Pasya bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.