suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafas

Cico disahkan meninggal dunia.

PELAKON dan penyanyi Cico Harahap meninggal dunia di Hospital Ampang pada Ahad.

Berita itu disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Sandakiah Azez. 

"Ya benar, dia meninggal dunia pada pukul 11 pagi tadi Hospital Ampang," katanya kepada mStar. 

Cico mula jatuh sakit pada 2016. 

Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap, 48, menghembuskan nafas terakhir selepas seminggu dimasukkan ke hospital tersebut akibat sesak nafas. 

Menurut Sandakiah, jenazah anak kepada penyanyi Uji Rashid itu akan diuruskan di Masjid Bukit Antarabangsa, Selangor. 

Selepas itu, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor. 

"Sekarang ini jenazah sedang diuruskan di hospital dan selepas itu disolatkan di Masjid Bukit Antarabangsa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap derita masalah jantung, masuk wad akibat kaki bengkak

ARTIKEL BERKAITAN: Cico anak Uji Rashid diracun dalam ‘party’ hari lahir! - “Saya masih ingat dia muntah-muntah, wajahnya dipenuhi darah”

"Jenazah pula akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana," ujarnya. 

Cico merupakan seorang pelakon yang bergiat aktif dalam bidang seni bermula 1993. 

Antara filem yang pernah dibintanginya ialah Kekasih Awal dan Akhir, Mami Jarum, Jutawan Fakir, Anak Mami Kembali dan Cinta Fotokopi.

Cico tidak lagi aktif dalam industri seni apabila diuji masalah kesihatan bermula pada 2016.

Artikel Lain