suria

“Lain kali kalau jumpa bagi tau apa yang tak puas hati” - Shiha Zikir berang wanita kurang ajar

Shiha tak boleh menerima tindakan biadab seorang wanita terhadap ibunya. Foto Instagram @shihazikir

PENYANYI Shiha Zikir berang apabila ada seorang wanita bersikap biadap terhadap dia dan ibunya.

Menurut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 31, dia tidak mengetahui punca mereka diperlakuan sedemikian dan mahukan penjelasan daripada individu berkenaan.

"Ya Allah nak luruh jantung bila dengar cerita pasal kebiadapan seorang perempuan pangkat makcik ni! Kalau nak kurang ajar dengan Shiha, saya okay! Tapi Shiha akan cuba tak jadi kurang ajar macam dia, masih bersalam walau terpaksa. Tapi kalau kurang ajar dengan mak Shiha... Ok, dah sejuk kaki tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Tak Pandang, Kini Cium Pipi” - Shiha Zikir

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana ada besarkan apa-apa” - Shiha Zikir

"Wahai wanita, apakah salah kami? Setahu Shiha, tak pernah ada masalah dengan awak sebab dari segi logiknya tak ada pentingnya pun, industri ni kecil je.

Luahan rasa marah Shiha di Instagram.

"Lain kali kalau terjumpa, bagi tau apa yang tak puas hati sangat? Setahu Shiha, awak yang kurang ajar bukan Shiha dan sepatutnya Shiha yang perlu bersikap macam tu dengan orang yang kurang ajar macam awak, tapi Shiha tak macam tu," katanya.

Penyanyi lagu Jagakan Dia ini berkongsi luahan rasa tersebut di Instagram miliknya pada Ahad.

Sementara itu, Shiha mengakui meluahkan perkara ini dalam keadaan beremosi kerana sudah lama memendam perasaan tersebut.

Sahabat memberi sokongan kepada Shiha.

Malah, dia meminta wanita itu supaya menunjukkan teladan yang baik dan mengingati bahawa Allah sentiasa memerhati tingkah laku setiap manusia.

"Maaf, mungkin waktu ni Shiha taip dalam keadaan emosi. Hati dah tak dapat tahan bila dari dulu dia biadap dengan mak Shiha, ingat wahai akak atau makcik, Allah Maha melihat. Jaga hati. Jangan hitam sangat tunjuklah teladan yang baik. Lepas ni kalau jumpa, tolong siap jawapan ok. Nak jugak tau.

"Jadi seorang yang lebih bersih hatinya. Senyumlah selalu dari asyik menjeling dan pura-pura tak nampak tu ya. Tak rugi pun jadi orang baik-baik," katanya.

Bagaimanapun, selepas menerima nasihat daripada seorang sahabat baiknya, Shiha mengambil langkah memadam hantaran tersebut di Instagram.

Shiha Zikir

Artikel Lain