suria

“I am sorry” - Emma Maembong mengaku buka tudung tapi nafi foto celah kangkang abang menteri

Emma mengakui kesilapannya membuka tudung, nafi gambar celah kangkang.

SELEPAS kecoh penyebabaran foto tidak bertudung akhirnya pelakon Emma Maembong mengaku dia merupakan individu dalam imej tersebut bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman iaitu abang Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq.

Bagaimanapun, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, menafikan dia adalah individu dalam sekeping lagi foto di celah kangkang lelaki terbabit.

“Ya betullah tu. Manusia sentiasa buat silapkan. I am sorry, tapi gambar dalam bilik itu bukan, rambut pun tak sama. Sorry again.

"Saya tak tahu kenapa mereka gabungkan gambar dalam bilik itu kerana ia bukan saya," ujar Emma kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKIATAN: Heboh Fathia buka tudung, Emma Maembong di celah kangkang abang menteri

Emma memberi penjelasan di laman sosialnya pada Isnin.

Dunia hiburan pada Isnin dikejutkan dengan foto tidak bertudung Emma Maembong bersama seorang lelaki dipercayai abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah.

Sementara itu, Emma turut mengakui foto tidak berhijab itu merupakan foto yang dirakamnya baru-baru ini, namun dia masih mengekalkan penampilan bertudung.

Emma berkata, dia berani untuk mengakui perkara tersebut selepas menerima serangan netizen yang kurang berpuas hati.

“InsyaAllah Emma akan cuba yang terbaik, terima kasih sebab nasihat. Kenalah minta maaf, orang sudah komen maki-maki sebab sakit hati dekat Emma,” tulisnya.

Emma Maembong, Syed Abdullah

Artikel Lain