suria

“Maaf saya tak mahu ditemubual” - Kata Kilafairy kemudian berlalu pergi, isu cium kumpulan Blue

Kilafairy berhadapan kontroversi peluk anggota kumpulan Blue.

PELAKON dan penyanyi Kilafairy mengambil langkah mengunci mulut berhubung penyebaran video kelihatan dia memeluk dan mencium pipi anggota kumpulan Blue sewaktu menyaksikan konsert kumpulan popular British itu Blue Ahad lalu.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 27, berkata dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan dan memohon maaf atas keengganannya memberikan komen berhubung isu berkenaan.

“Saya minta maaf, saya tidak mahu ditemubual,” ujarnya ringkas kepada mStar Online sebelum berlalu pergi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Masuk Akal Nak Menari Ghairah” - Kilafairy

Dia ditemui sewaktu majlis penyerahan jaket eksklusif dan tayangan filem Captain Marvel di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya, pada Rabu.

Isnin lalu, kecoh di media sosial selepas penyebaran klip memaparkan anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini memeluk dan mengucup pipi setiap anggota kumpulan tersebut selepas selesai mengadakan persembahan di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, netizen turut mendesak agar Rohana menasihati kelakuan anaknya yang disifatkan seperti terikut-ikut budaya Barat.

Video berdurasi 52 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam aksi kurang sopan sebagai wanita Melayu beragama Islam.

Menyedari dirinya menjadi sasaran netizen, Kilafairy kemudiannya bertindak menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian mStar pada Rabu mendapati dia membuka semula ruangan komen Instagram namun dalam tetapan terhad buat sebilangan pengikutnya.

Kilafairy

Artikel Lain