suria

Jurusolek artis tampil mohon maaf isu fitnah Nina Iskandar

SEORANG jurusolek dikenali sebagai Elle Rahman tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres Nina Iskandar berhubung fitnah dilemparkannya berhubung aktres itu sebagai punca perceraian seorang penolong pengarah baru-baru ini.

Elle menerusi kenyataan terbuka di Facebook miliknya pada Selasa memberitahu dia berharap Nina dapat memaafkan dirinya selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

"Dengan merendah diri saya meminta maaf kepada Nina Iskandar atas apa yang berlaku. Saya janji saya tidak akan ulanginya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri penolong pengarah turut dituntut mohon maaf, Nina Iskandar sangkal jadi punca perceraian

"Saya harap Nina akan maafkan saya. Terima kasih kepada peguam Nina, Tuan Irwan dan saya juga meminta maaf kepada Encik Lan serta semua yang terlibat," katanya.

Nina (kanan) bersama peguam pada sidang media yang diadakan pada Sabtu lalu.

Pada Sabtu lalu, Nina menegaskan tuduhan dia sebagai punca perceraian penolong pengarah tersebut adalah fitnah selain menyifatkan ia berniat jahat untuk menjejaskan kariernya.

Atas sebab itu, Nina menerusi peguamnya menuntut bekas isteri penolong pengarah berkenaan dan seorang jurusolek yang menyebarkan fitnah itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.

Dalam pada itu, Elle turut menghantar mesej secara peribadi kepada Nina di Instagram bagi menyatakan rasa kesal dan mohon maaf kepada aktres itu.

Nina Iskandar, Elle Rahman

Artikel Lain