suria

"Babak naik helikopter ditambah saat akhir" - Sufian Suhaimi tak kisah apa orang kata

Sufian berkata babak menaiki helikopter sebenarnya tiada dalam perancangan asal. Foto LOW LAY PHON

PENYANYI Sufian Suhaimi menjelaskan babak menaiki helikopter dalam muzik video lagu terbaharunya, Mencuba itu tiada dalam perancangan awal.

Menurut Sufian, 27, babak tersebut ditambah pada saat-saat akhir selepas dia menerima tawaran daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian.

“Babak itu ditambah pada saat akhir selepas saya menerima tawaran untuk menaiki helikopter secara percuma daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin ia satu attack” - Sufian Suhaimi komen foto mirip dirinya peluk kepala wanita

ARTIKEL BERKAITAN: "Duit berterbangan? Ini penjelasannya supaya damai hati-hati yang resah" - Sufian Suhaimi

“Bagi saya, babak tersebut menarik untuk ditambah. Jadi jika tiada tawaran itu, babak berkenaan tidak ada dalam muzik video tersebut, ” kata Sufian kepada mStar Online pada Selasa.

Babak menaiki helikopter yang dikaitkan dengan kisah cinta Sufian sebelum ini.

Penyanyi lagu Dimatamu itu ditemui ketika sidang media Trio Concert Tour di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, persembahan Sufian menerusi lagu Dimatamu di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) awal Februari lalu menjadi buah mulut netizen gara-gara membawa pelamin ke pentas.

Tidak terhenti di situ, Sufian dikatakan terus mengundang kontroversi apabila babak menaiki helikopter dalam muzik video Mencuba dikatakan mempunyai kaitan dengan kisah cinta dengan bekas tunangnya, Elfira Loy.

Bagi Sufian sendiri, dia akui pada awalnya berasa bimbang dengan penambahan babak tersebut kerana menyedari ia mungkin dikaitkan dengan kisah silam hingga boleh menyingung perasaan mana-mana pihak.

Sufian berkata semua pihak berhak membuat tafsiran sendiri mengenai muzik video berkenaan.

Bagaimanapun, Sufian tidak kisah dengan perkara tersebut kerana beranggapan setiap individu berhak memberi pandangan mereka mengenai video tersebut.

“Sebenarnya saya takut juga babak helikopter itu boleh menjadi isu besar atau menyingung perasaan mana-mana pihak. Tapi apabila fikir balik, tiada elemen negatif pun nak disampaikan dalam video itu.

“Tapi saya tak kisah pun apa orang nak kata atau tafsirkan. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai video tersebut.

“Yang pasti saya dah move on dengan kisah silam itu dan sejujurnya video tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Cuma, babak-babak cinta tersebut menarik untuk ditonton,” ujarnya.

Sufian Suhaimi, Mencuba

Artikel Lain