BEBERAPA jam selepas dituntut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap seorang individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof, usahawan kosmetik, Nur Sajat berkeras menyatakan keengganannya untuk berbuat demikian. Malah Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, turut menafikan pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen menukar maklumat jantina di dalam MyKad seperti yang didakwa Yusmiliati. "Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohanan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut. "Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar. Yusmiliati tuntut Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan kepadanya. "Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf" katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN:“Sajat nak kahwin, mahu tukar jantina dalam MyKad” - 'Runner' nafi tipu duit, tuntut mohon maaf Sajat diminta mengulas mengenai kenyataan Yusmiliati yang memintanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Menerusi sidang media pada Isnin, Yusmiliati berkata dia dikenalkan seorang rakan dengan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sekitar Jun 2017. Yusmiliati juga mengakui beberapa kali bertemu dengan Sajat dan pembantunya, Ashaari Maznan bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen berkaitan permohonan menukar maklumat jantina dalam MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Ogos 2017. Bagaimanapun permohonan tersebut ditolak kerana Sajat didakwa gagal mengemukakan beberapa dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya khunsa. Yusmiliati bersama peguamnya di sidang media yang diadakan pada Isnin. Akibat tidak berpuas hati kerana permohonannya gagal, pembantu Sajat yang didakwa turut mahu menukar maklumat jantina dalam MyKad membuat laporan polis terhadap Yusmiliati pada 29 Ogos 2018 atas tuduhan menipu. Disebabkan itu, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Malah, Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dan kes masih dalam proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah.