suria

Individu dikenali kebas duit A. Aida RM200,000! “Di Mesir baru sedar duit hilang”

BAHARU sahaja dihimpit masalah rumah tangga hingga membawa kepada perceraian, penerbit Datuk A Aida berkata dia kini mengalami kerugian sebanyak RM200,000 apabila wang dalam bentuk pelaburan miliknya dikebas seseorang.

Susulan itu A Aida memberitahu dia membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada Jumaat lalu.

Menurut sumber kes berkenaan melibatkan individu yang pernah rapat dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Ariff cerai talak satu - “Saya gembira dengan perceraian ini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rujuk? Aku nak muntah” - Ariff Aziz buat muka meloyakan, siap isyarat tangan 'no, no, no...'

“Tak nak komen banyak tapi memang betul, saya dah buat laporan polis.

“Saya tak mahu komen banyak, biar pihak polis yang jalankan siasatan,” katanya kepada mStar.

A Aida berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan segera.

Dia ditemui pada majlis rumah terbuka A. Aida Productions di Wisma Rampai, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ditanya mengenai identiti sebenar individu terbabit, A Aida enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tak mahu komen. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan.

“Saya dah buat laporan dekat Balai Polis Bukit Indah, Ampang Jumaat lepas. Sekarang dalam siasatan,” katanya.

Bagaimanapun menurut A Aida, dia menyedari kehilangan wang itu ketika bercuti di Mesir antara 21 Mac sehingga 31 Mac 2019.

“Saya sedar mengenai kehilangan itu ketika bercuti di Mesir dan transaksi itu dibuat pada 1 Mac, sebelum saya berangkat lagi.

“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang itu dilakukan sebanyak dua kali,” ujarnya.

Ujar A. Aida, dia berharap pihak polis dapat menangkap individu itu dan menyumbatnya dalam penjara jika didapati bersalah.

Pada 18 Jun lalu, A Aida membuat kejutan apabila dia mengumumkan sudah bercerai talak satu dengan Ariff Aziz yang dilafazkan pemuda itu pada 25 April lalu.

A. Aida

Artikel Lain