PEREKA fesyen, Hatta Dolmat meminta Arma Abdul Rahman lebih kreatif dalam mencari idea tersendiri untuk setiap rekaan biarpun pihak pengurusan dan produksi Astro sudah memberikan konsep. Menurut Hatta, agak mustahil Arma tidak mengetahui mengenai rekaan pakaian tradisional itu yang tular pada Ogos lalu memandangkan mereka berada dalam industri fesyen yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita” - Baju Wann di pentas GV6 dituduh ciplak, pereka fesyen Arma mahu buat laporan polis "Pihak pengurusan dan produksi Astro sudah bertemu dengan saya untuk menjelaskan situasi itu. Tapi sebagai pereka fesyen, dia perlu bijak untuk cari idea sendiri dalam rekaannya. Penampilan Wann pada GV6 minggu keempat serupa rekaan Hatta untuk Tym (kanan) di majlis perkahwinan. "Kalau semua nak tiru, tak berkembang la otak pereka fesyen dan industri kita. Mungkin dia boleh tambah idea sendiri supaya nampak ada perbezaan. "Tak logik kalau dia tak pernah tahu mengenai rekaan saya untuk majlis perkahwinan seorang penata gaya, Tym Fatimah yang sememangnya menjadi tular Ogos lalu," katanya kepada mStar. Pada konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) minggu keempat, penyanyi Wann mengenakan busana persalinan klasik rekaan Arma Couture menggunakan fabrik sutera Siam dengan rona perak. Rekaan dan konsep pakaian itu menarik perhatian Hatta yang pernah menghasilkan rekaan serupa semasa majlis perkahwinan penata gaya (stylish) Tym Fatimah. Kita dalam industri yang sama dan saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. HATTA DOLMAT PEREKA FESYEN Menerusi laporan mStar pada Isnin, Arma menafikan dia ada meniru atau mengambil inspirasi mana-mana pihak selain menegaskan rekaan itu disesuaikan mengikut konsep yang diberikan oleh pihak pengurusan dan produksi Astro. Dalam pada itu, Hatta menjelaskan tujuan dia berkongsi semula foto Tym menggayakan rekaannya selepas menerima mesej netizen yang keliru melihat penampilan Wann pada malam itu. Kata Hatta lagi, Arma sepatutnya datang berjumpa dengan dia secara peribadi bagi menjelaskan situasi sebenar bukan dengan hanya bersikap sombong. Hatta (kiri) merupakan pereka fesyen untuk peserta GV6, Hady Mirza. "Perkongsian saya itu bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku dan saya dapat banyak mesej daripada netizen yang bertanyakan perkara itu. "Bagi saya, Arma sepatutnya jumpa saya secara peribadi untuk jelaskan semuanya. Bukan dengan hanya menabik dada dan keluarkan kenyataan sebegitu. "Kita dalam industri yang sama dan saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Perkara ini bukan isu besar tapi kalau dah salah, lebih baik kita turunkan ego dan minta maaf," ujarnya.