suria

Da'i Farhan tarik saman, rakan baik bekas isteri tuntut permohonan maaf 24 jam - “Lain kali jaga kata-kata anda!”

RAKAN baik kepada bekas isteri Da'i Farhan, Fatin Nurul Ain iaitu Ches Al-Maliki mendedahkan tuntutan saman yang dibuat oleh pendakwah bebas itu atas tuduhan fitnah telah ditarik balik.

Ches menerusi laman sosial Facebook miliknya meminta pendakwah itu membuat penjelasan dan kenyataan secara terbuka terhadap penarikan saman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan buat laporan polis dan saman rakan baik isterinya - “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat”

"Pihak yang mahu saman Ches Al-Maliki telah memberikan mesej kepada ahli keluarganya dan katanya dah tarik saman yang dibuat.

"Mungkin mereka baru sedar, nak buka fail itu perlukan dollar (wang). Takkan bayar RM10,000 kenari, dollar sudah licin... Saya tuntut pihak berkenaan membuat kenyataan secara terbuka tentang penarikan saman tersebut.

Pada 28 November lalu, juara program dakwah Da'i musim kedua Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad telah membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap rakan baik bekas isterinya iaitu Ches Al-Maliki.

Wanita itu didakwa telah melakukan fitnah terhadap dirinya apabila membuat surat terbuka mendedahkan kononnya perkahwinan pendakwah bebas itu dengan isteri keduanya berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

Saya memberikan masa 24 jam kepada pihak di sana, sekiranya gagal berbuat demikian peguam saya sudah sedia untuk failkan saman pada pihak anda.

CHES AL-MALIKI

RAKAN BAIK BEKAS ISTERI

Lebih memeritkan isteri pertamanya itu sedang hamil tujuh bulan.

Dalam pada itu, Ches turut menuntut surat rasmi dan permohonan maaf dibuat secara terbuka melalui penulisan dan video.

Dia turut memberi tempoh 24 jam kepada pihak berkenaan dan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian.

Nik Farhan berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah.

"Saya menuntut surat rasmi dan permohonan maaf dibuat secara terbuka melalui tulisan dan video seperti mana anda lakukan dengan penuh yakin mengumumkan saya telah membuat fitnah terhadap kalian.

"Saya memberikan masa 24 jam kepada pihak di sana, sekiranya gagal berbuat demikian peguam saya sudah sedia untuk failkan saman pada pihak anda," ujarnya.

Nik Farhan mendedahkan dia sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan Noorainul Naqim Mohd Radzi atau dikenali sebagai Dr Aireen di Tanah Suci Makkah.

Pada 4 Disember lalu, Nik Farhan mengesahkan sudah menceraikan isteri pertamanya itu dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi Whatapps.

Artikel Lain