PELAWAK Ali Puteh memberitahu tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bertanyakan soalan harta peninggalan Allahyarham Abam Bocey telah menggores hati ibunya. Malah Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, memohon agar Aliff bertaubat kerana secara tidak sengaja telah memecah belah silaturrahim antara ahli keluarga mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” - Aliff Syukri sedia bersemuka dengan keluarga arwah Abam "Mana adab dia sebagai seorang Islam. Sepatutnya soalan itu perlu minta persetujuan kedua-dua keluarga. Nak beri sumbangan, saya bersyukur sangat. Ali beri terkilan dengan tindakan Aliff Syukri bertanyakan soal harta pusaka arwah Abam. "Tapi bila dengar soalan itu, cuba bayangkan perasaan ibu saya. Kepada Aliff Syukri yang sangat hebat, bertaubat la, pintu taubat sentiasa terbuka. "Jangan pecahkan silaturrahim keluarga. Di mana adab kamu kepada keluarga yang kamu pecah belahkan," kata Ali dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Jumaat. Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa saudaranya, Safrizal Zainal Abidin selaku pemilik kereta Perodua Myvi yang menjadi pertikaian berhubung isu hak milik selepas kematian Abam. Kata Safrizal, kereta berkenaan akan diserahkan kepada Nor Hidayah dalam masa terdekat dan baki bayarannya akan dituntut kepada Ali. Tindakan Aliff menemu bual Nor Hidayah dengan bertanyakan mengenai harta peninggalan arwah mengundang kemarahan Ali sehingga memuat naik status hinaan kepada kakak iparnya. Kalau Datuk nak beri sumbangan boleh tapi kenapa perlu merungkai aib keluarga kami. ALI PUTEH PELAWAK Menerusi video siaran langsung Facebook tersebut, Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwah suaminya diambil keluarga mentua dan dia tidak dapat harta peninggalan. Dalam pada itu, anggota kumpulan Puteh ini memohon Aliff datang ke rumah tanpa membawa kemera untuk memohon maaf kepada ibunya yang tergores hati atas tindakan tersebut. "Datuk dengan saya bukan tidak kenal, Datuk kenal keluarga arwah. Kenapa begini Datuk? Walaupun tiada niat tapi secara tidak langsung kamu pecah belah keluarga kami. "Keluarga saya dihina disebabkan Datuk. Kalau Datuk nak beri sumbangan boleh tapi kenapa perlu merungkai aib keluarga kami. "Jika Datuk malu nak mohon maaf kepada saya, tak apa saya sudah maafkan Datuk. Tapi Datuk datanglah ke rumah, memohon maaf kepada ibu saya. "Kerana tindakan Datuk itu telah mengores hati ibu saya. Tolong jumpa ibu saya tanpa membawa kamera dan mohon maaf kepadanya," ujarnya.