suria

Syifa Melvin jawab tuduhan jadi kaki kikis, nafi paksa Safawi Rasid kahwin cepat - “Tak pernah minta dia duit untuk sara hidup!”

Syifa nafikan dia memaksa kekasihnya, Safawi Rasid untuk berkahwin pada tahun ini.

PELAKON Syifa Melvin menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengambil kesempatan terhadap kekasihnya yang juga bintang muda skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Safawi Rasid.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, menegaskan dia berkerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang daripada Safawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin tak berani buka mulut, dituduh jadi punca prestasi Safawi Rasid merudum

"Saya bersusah payah cari duit sendiri, tidur tak cukup apatah lagi rehat hanya untuk nak biayai dan menampung perbelanjaan diri sendiri.

Paparan skrin penjelasan Syifa (kiri) dan kenyataan Safawi (kanan) berhubung prestasinya.

"Tak pernah sekali minta duit 'dia' (Safawi) untuk sara hidup... Dia pun kenal Syifa macam mana," tulis Syifa di Instagram pada Rabu.

Syifa tampil menjelaskan perkara itu selepas pemilik skuad JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur prestasi Safawi yang semakin merudum kerana didakwa berpunca daripada isu peribadi bersama kekasih.

Menerusi Instastory, Tunku Ismail atau TMJ berkata kemerosotan prestasi mendadak Safawi disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.

Walaupun tidak menyebut siapakah wanita itu namun umum mengetahui bintang bola sepak muda itu sedang bercinta dengan seorang pelakon.

Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu.

SYIFA MELVIN

PELAKON

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut menjelaskan dia tidak pernah memaksa Safawi untuk berkahwin seperti yang didakwa.

Menurut Syifa, kegagalan Safawi untuk memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan tiada kaitan dengan kehidupan peribadi mereka malah dia sentiasa memberi sokongan kepada kekasihnya itu.

"Berkenaan paksa kahwin, demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu.

Status yang dimuat naik TMJ di Instastory.

"Dia tak perform atas padang tak ada kena mengena dengan soal peribadi, sekali pun saya tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.

"Tak tahu pula boleh jadi besar macam ini. Terima kasih kepada yang komen maki, hina atau puji. Saya doakan anda semua jangan melatah dengan apa yang anda baca... yang mengalami dan rasai hanya kami berdua," katanya.

Menerusi Instagram Safawi ada memuat naik status memohon maaf atas prestasinya yang semakin merosot dan akan cuba melakukan yang terbaik dalam pelawanan seterusnya.

Syifa Melvin, Safawi Rasid, TMJ

Artikel Lain