suria

“Polis suruh datang, ikut je la nak takut apa?” - Azwan Ali muncul di mahkamah, dipercayai kes perlekeh kakitangan hospital

Azwan Ali ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. -foto paparan skrin FB live Malaysia Gazette

PENGACARA kontroversi Azwan Ali muncul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada pagi Jumaat dipercayai berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh Hospital Putrajaya pada Selasa lalu.

Dia yang hadir berpakaian serba hitam dilihat hadir ditemani dua pembantunya.

Bagaimanapun Azwan terpaksa menunggu seketika di pintu utama kompleks mahkamah sementara menunggu surat kebenaran sebelum dibenarkan masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis mengadu terima layanan buruk, Hospital Putrajaya buat laporan polis - “Video berkenaan beri tekanan emosi kepada petugas”

Menerusi rakaman Facebook live bersama portal Malaysia Gazette, Azwan berkata dia sendiri tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai arahan untuk hadir ke mahkamah.

Kenyataan media dan salinan laporan polis Hospital Putrajaya.

"Tak tahulah kes apa. Saya tak tahu menahu... hanya datang je. Apabila polis suruh datang, saya datang la.

"Ini arahan polis... apabila polis suruh datang, ikut je la nak takut apa," katanya.

Pada Khamis mStar melaporkan Azwan membuat permohonan maaf kepada pihak Hospital Putrajaya kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap mereka.

Ia berpunca daripada rakaman video seorang penyanyi wanita era 80-an yang mengadu tentang layanan kakitangan hospital berkenaan ketika kunjungannya baru-baru ini.

Susulan itu Hospital Putrajaya membuat laporan polis pada Selasa berhubung penularan dua video menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.

Azwan Ali, Hospital Putrajaya

Artikel Lain