SELAIN mengesahkan sudah diceraikan, bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da'i Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin turut mendedahkan kronologi pernikahan mereka di Tanah Suci, Makkah pada Oktober tahun lalu. Erin menerusi Instagram memberitahu dia bersetuju untuk membina bahtera rumah tangga sebagai isteri kedua kerana Da'i Farhan atau Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad meyakinnya bahawa hasrat mereka sudah mendapatkan kebenaran daripada isteri pertama, Fatin Nurul Ain. ARTIKEL BERKAITAN: Aura wanita ke-19 dah pudar... Da'i Farhan cerai isteri sedang hamil, ulang sejarah lama "Saya menerima pinangan ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan daripada isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat untuk menyembunyikan pernikahan kami. Erin dedah perbualannya dengan Nik Farhan. "Ustaz hantar fail permohonan poligami pada 10 Oktober, di dalam fail ini lengkap semua seperti permohonan pasangan yang lain untuk poligami. "Ustaz juga berulang-alik ke Kedah jumpa ayah saya untuk mengisi segala borang yang diperlukan bagi permohonan pernikahan. Ujian HIV juga telah dibuat," katanya. Pada malam Selasa, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, mengesahkan dia sudah diceraikan suaminya itu pada 27 April lalu. Menurut Erin, penceraian itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madunya. Pada masa ini memang saya langsung tidak terfikir yang isteri ustaz sebenarnya tidak merestui kerana ustaz bersungguh mengisi segala borang dan hantar. DR ERIN ISTERI DA'I FARHAN Sementara itu, Erin juga memberitahu tidak terlintas di fikirannya bahawa isteri pertama Da'i Farhan ketika itu tidak merestui memandangkan melihat kesungguhan suaminya menguruskan perkahwinan mereka. Kata Erin, dia mengambil keputusan untuk mengikuti suaminya yang menjadi mutawif untuk rombongan jemaah umrah pada 13 Oktober lalu dan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan mereka di Makkah pada keesokan harinya. "Pada masa ini memang saya langsung tidak terfikir yang isteri ustaz sebenarnya tidak merestui kerana ustaz bersungguh mengisi segala borang dan hantar. "Sebab pada saya jika ustaz tak dapat kebenaran tak akan la ustaz pergi hantar fail sebab benda itu semua akan jadi buang masa. Ustaz memang pergi ke Makkah hampir setiap bulan atas urusan sebagai mutawif. Perkahwinan Erin dan Farhan tidak mendapat restu daripada Fatin (kanan) yang merupakan isteri pertama pendakwah tersebut. "Ustaz memang ada lagi trip ke Makkah 13 Oktober, jadi saya buat keputusan untuk pergi umrah sekali lagi dan kali ini saya terpaksa mengambil pakej VVIP bilik seorang (sebab pakej ekonomi dah penuh). "Kami sampai di Makkah pada 14 Oktober dan setiba saja di Makkah ustaz terus mencadangkan untuk kami nikah terus di Makkah... untuk menghalalkan terus kerana kami pun dalam proses permohonan poligami yang saya ingat okay. Saya pun setuju," ujarnya. Dalam pada itu, Erin turut memberitahu dia berasa gembira menjalani kehidupan sebagai isteri kedua selama hampir dua bulan secara harmoni kerana suaminya menjalankan tanggungjawab dengan adil. "Balik dari Malaysia, bermulalah hidup saya sebagai isteri kedua selama hampir dua bulan (sebelum kes jadi viral pada bulan Disember). Selama dua bulan ini hidup kami sangat harmoni. Erin mengesahkan dia sudah diceraikan Nik Farhan pada 27 April lalu. "Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari. Selama dua bulan ini saya langsung tak tau jika ada masalah di pihak madu saya sebab ustaz tak pernah cerita masalah sana. "Saya ingat semuanya OK dan aman damai. Mereka sekeluarga juga siap ada pergi bercuti ke Melaka walaupun waktu tu adalah giliran saya. "Tapi saya mengalah sebab faham keadaan madu masa tu. Untuk jadi perampas jauh sekali nak buat orang bercerai tak terlintas di fikiran," katanya. Erin berkata, kebahagiaan yang dikecapi hanya bertahan selama dua bulan sebelum suaminya itu mula rindukan keluarga dan anak-anaknya bersama bekas isteri. Biarpun berusaha untuk berkongsi kasih, namun campur tangan keluarga dan beberapa pihak lain mengeruhkan lagi keadaan hubungan tersebut. "Ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dengan anak-anaknya dan dia kata pihak sana bagi syarat dia perlu menceraikan saya untuk duduk kembali dengan anak-anaknya. Mertua dia tak akan bagi anaknya bermadu. Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada melihat dia susah hati rindukan anak," ujarnya. Pada November tahun lalu, perkahwinan Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan janda anak lapan itu di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!