suria

“Kesian budak naif, tak bersalah... lepas tu orang gelakkan dia” - Fasha Sandha simpati nasib murid tular kisah bapa masak air ketum

Fasha berpendapat guru tersebut tidak sepatutnya merakam jawapan murid berkenaan.

VIDEO yang dirakam seorang guru mengenai pengakuan murid tentang kemahiran bapanya memasak air ketum mengundang pelbagai reaksi netizen dan selebriti tempatan di media sosial.

Pelakon Fasha Sandha antara selebriti terkenal yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan guru tersebut yang dianggap tidak beretika.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula gamat sekelas, video anak dedah ‘bapa pandai masak air ketum’ kini kecoh... guru beri penjelasan - “Tak pernah upload aktiviti murid”

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, biarpun dengan alasan ingin menghantar rakaman tersebut kepada ibu murid itu namun ia bukan satu tindakan yang wajar.

Cikgu oh cikgu... tugasmu mendidik anak bangsa bukan membiarkan mereka diaibkan kerana perkara yang tak patut ditertawakan.

YATT HAMZAH

PELAKON

"Kenapa cikgu itu nak kena rakam? Perlu ke? Kesian budak tu... naif, tak bersalah, lepas itu orang lain gelakkan dia. Minta maaf, walaupun alasan dia nak hantar pada parent orang tu je, saya rasa tak patut dia rakam.

"Cukup sekadar beritahu," tulis Fasha di ruang komen perkongsian video tersebut yang dimuat naik di Instagram rasmi mStar.

Pada Rabu, tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam sebuah kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum.

Ia mendapat kecaman pelbagai pihak dengan ada antaranya menyifatkan penularan video terbabit menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

Komen Fasha mengenai tindakan guru merakam anak murid dedah mengenai bapanya masak air ketum.

Bagaimanapun menurut guru wanita berusia 40-an itu, dia tidak menularkan video tersebut dan memohon insiden terbabit tidak dipanjangkan kerana salah faham berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak berkaitan.

Selain Fasha, pelakon Yatt Hamzah juga berkata seorang guru tidak sepatutnya membiarkan anak murid diaibkan dan ditertawakan oleh rakan lain disebabkan perkara tersebut.

"Cikgu oh cikgu... tugasmu mendidik anak bangsa bukan membiarkan mereka diaibkan kerana perkara yang tak patut ditertawakan.

"Sempena tahun baharu Hijrah 1442, semoga tiada lagi guru-guru yang buat perkara seumpama ini pada anak-anak murid. Kami sayang guru-guru kerana mereka harapan bangsa dan negara," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain