suria

Kongsi alamat dalam IC, Ali Puteh ajak netizen tak puas hati bersemuka! - “Ala Melayu ni... sembang deras sana sini buat apa”

Ali berkongsi alamat rumahnya di laman Instagram.

KEMELUT antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali masih menjadi perbualan hangat netizen selepas kedua-dua mereka membuat keputusan membawa perkara itu ke mahkamah.

Isu itu menjadi perhatian netizen yang terus menerus mengecam dan menyalahkan tindakan Ali yang membalas saman balu kepada Allahyarham abangnya yang juga pelawak Abam Bocey.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh pula saman kakak ipar, Nor Hidayah mengaku ambil RM10,000 dan empat utas jam arwah Abam

Berang dengan perkara itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, menerusi laman Instagram berkongsi alamat kediamannya tang tertera di kad pengenalan kepada netizen yang tidak berpuas hati untuk bersemuka.



Ali Puteh membalas komen netizen.

"Itu saya cakap... kalau tak tahu hal rumah tangga orang diam. Meh la sembang depan-depan senang, cari dosa kering buat apa.

"Itu alamat dah bagi. Sembang deras sana sini buat apa, meh (mari) bersemuka borak, kan senang. Ala Melayu ini... pumpang pumpang alamat dah bagi kan," kata Ali.

Sebelum itu, ruang komen di perkongsian Intagram pelawak itu dipenuhi dengan pendapat netizen yang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tuntutan yang dibuat oleh Nor Hidayah.

Itu alamat dah bagi. Sembang deras sana sini buat apa. Meh semuka borak.

ALI PUTEH

PELAWAK

"Cerita dekat media macam Hidayah saman dia. Padahal itu prosedur biasa menuntut harta sepencarian jika suami meninggal.

"Cerita kat media macam Hidayah saman kau sebab tak puas hati. Lepas itu kantoi PDF tulis gelaran biadab. Ingat pakai kopiah itu terus jadi betul la kau?

"Ingat keturunan Syed itu jaminan berilmu ke?" tulis salah seorang netizen di laman Instagram.



Ali memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah.

Nor Hidayah terlebih dahulu memfailkan saman terhadap Ali serta keluarganya dan antara melibatkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Menerusi laporan mStar pada 27 Ogos lalu, Ali juga bertindak memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain