PELAKON Nabila Huda menjelaskan video menangis ketakutan yang dimuat naik di Instastory pada awal Ogos lalu adalah rakaman teaser untuk gimik program terbaharu The Masked Singer Malaysia yang bakal bersiaran di Astro. Menurut Nabila, 36, dia ditugaskan oleh produksi untuk menghasilkan satu video khas bagi mempromosikan program tersebut, namun tidak menyangka lakonannya itu keterlaluan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak. ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Nabila Huda menangis ketakutan di IG cetus panik rakan selebriti - “Macam nampak ada bayang hitam kat luar!” ARTIKEL BERKAITAN: Video menangis ketakutan, Nabila Huda akhirnya 'update' status terkini - “Salam semuanya, saya okey... jangan risau” “Sebenarnya itu lakonan semata-mata... ianya merupakan sebahagian teaser untuk promo program baharu Astro. “Video itu bukanlah gimik sangat pun, hanya tugasan biasa sahaja... konon-kononnya saya nampak kelibat mask misteri di rumah. “Memandangkan saya ni pelakon yang memang beri 100 peratus komitmen, itu fasal nampak macam over pula, ” katanya kepada mStar. Nabila Huda jelaskan video ketakutan hanya gimik. Nabila Huda ditemui semasa sidang media program The Masked Singer Malaysia yang diadakan di De’Wan 1958, The Linc, Kuala Lumpur pada Selasa. Pada 12 Ogos lalu, Nabila berkongsi video dia tidak dapat mengawal perasaan takut apabila ternampak bayang individu berbadan besar memakai serba hitam. Video memperlihatkan dia menangis teresak-esak apabila mendapati rumahnya dipercayai didatangi individu yang mencurigakan mencetuskan pelbagai spekulasi. Saya rasa bersalah pula! Tak tahu nak buat apa lepas video itu tular. NABILA HUDA PELAKON Rata-rata rakan selebriti meluahkan rasa bimbang, namun ada juga segelintir netizen yang beranggapan ia sekadar lakonan atau gimik semata-mata. Selepas tular video tersebut, Nabila tidak mengulas lanjut mengenai kejadian berlaku dan hanya memberitahu dia berada dalam keadaan baik. Gara-gara lakonan dan gimiknya itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini berkata dia menerima pelbagai mesej dan panggilan daripada keluarga dan kawan-kawan. Nabila dan Michael Ang selaku juri tetap The Masked Singer Malaysia. “Selepas muat naik video itu, saya dihubungi oleh pengurus, keluarga dan anak! Mereka semua tanya keadaan dan risau dengan apa yang berlaku. “Saya rasa bersalah pula! Tak tahu nak buat apa lepas video itu tular... sampai saya rasa over sangat ke lakonan tu? “Salah saya juga tak maklumkan pada orang terdekat mengenai perancangan video teaser itu dan memang semua orang tak tahu kecuali suami yang ada di rumah!, ” ujarnya. Bercakap mengenai program The Masked Singer Malaysia, Nabila Huda merupakan juri tetap bersama Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak. Program adaptasi dari Korea Selatan itu akan bersiaran di saluran Astro Warna dan Warna HD setiap hari Jumaat bermula 18 September depan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!