suria

Alvin Chong tak bercinta dengan gadis bawah umur! Keluar bersama atas urusan kerja - “Video TikTok itu hanya suka-suka”

Alvin nafi bercinta dengan Athilia.

GARA-GARA melakukan aplikasi TikTok bersama seorang remaja Athilia Deena Buswani, penyanyi dan pelakon Alvin Chong dituduh sedang bercinta dengan gadis bawah umur.

Alvin, 30, menafikan hal itu dan menjelaskan mereka keluar bersama atas dasar kerja dan video aplikasi itu dibuat sekadar suka-suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Chong ‘dating’ dengan gadis bawah umur? Ramai peminat mula gelisah - “Anak aku tu bukan main... kata keluar nak belajar!”

“Kita keluar bersama kerana urusan kerja... ada kerjasama dalam satu projek tapi sebabkan video itu saya dituduh dengan pelbagai tuduhan tidak benar.



Alvin buat TikTok dengan anak Sharifah Zarina sekadar suka-suka.

“Sebab itulah hari ini saya berani bersuara kerana kasihan Athilia baru berusia 17 tahun tapi terpaksa berdepan dengan kecaman ini... tapi dalam hal ini saya okay sahaja kerana saya tahu apa yang lakukan.

“Cuma yang kecewa apabila ada projek kerjasama saya bersama satu aplikasi digugurkan kerana kontroversi ini, ” ujarnya kepada mStar pada Jumaat.

Alvin ditemui semasa sidang media yang diadakan di Pejabat Urusan Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Percayalah... ini semua tidak dirancang dan video dimuat naik hanya suka-suka.

ALVIN CHONG

PENYANYI/PELAKON

Turut hadir remaja berusia 17 tahun itu bersama ibunya yang juga penyanyi Sharifah Zarina.

Sementara itu, penyanyi lagu Sayang Salmah ini menapis dakwaan sengaja pencipta kontroversi demi mempromosikan lagu terbaharunya itu.

Tegasnya, dia tidak memerlukan promosi murahan untuk menarik perhatian netizen menonton video muzik (MV) lagunya di laman YouTube.

“Saya tak pernah terbabit dengan gimik murahan untuk dapatkan perhatian... kalau nak buat gimik begini dah lama saya buat!



Alvin dan Athilia ditemui pada sidang media di Universal Music Malaysia.

“Awal-awal video kami bersama tular, saya ambil keputusan tak nak komen sebab apa pun saya cakap nanti orang tak akan percaya.

“Tapi percayalah ini semua tidak dirancang dan video dimuat naik suka-suka tetapi orang luar pula yang kecam!" ujarnya.

Pada Sabtu lalu, nama penyanyi dan pelakon Alvin Chong menjadi perbualan hangat di Twitter apabila dikatakan bercinta dengan remaja bawah umur.

Rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa Alvin sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Athalia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alvin Chong, TikTok

Artikel Lain