PENAHANAN usahawan kosmetik yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah jenis methamphetamine rentas negara baru-baru ini turut memberi tempias kepada penyanyi Khai Bahar. Mengakui menjadi duta untuk salah satu produk keluaran syarikat milik usahawan tersebut, Khai berkata dia tidak mengetahui mengenai pembabitan lelaki bergelar 'Datuk Seri' dari Kelantan dengan aktiviti berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar, Siti Nordiana tak letak harapan tinggi - “Komen negatif tu biasalah, asalkan kita buat kerja kita” “Saya tak tahu-menahu mengenai pembabitan individu itu... tapi saya sedar mengenai gambar kami tular di media sosial. “Saya baru sahaja menjadi duta untuk produk minuman susu berperisa keluaran syarikat itu. Foto kami diambil pada September lalu semasa pertemuan bagi membincangkan mengenai produk. “Tentang isu lain saya tak tahu-menahu, saya hanya jalankan tanggungjawab... itu pun masih belum buat kerja lagi sebagai duta sebab masih baru,” katanya kepada mStar. Khai (dua dari kanan) dan Lah Ahmad (dua dari kiri) bersama anggota kumpulan Inteam. Khai ditemui semasa pelancaran Konsert Inteam 20 Tahun yang diadakan di pejabat Inteam Records, Petaling Jaya, Selangor. Khai merupakan salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan bersama kumpulan nasyid Inteam, Unic, Hijjaz, Zayne, Lah Ahmad dan Exists. Konsert secara virtual itu akan dipancarkan secara langsung dari Warisan Hall Studio Sijangkang, Selangor pada 12 Disember depan. Sementara itu, penyanyi lagu Bayang ini berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk membuat keputusan mengenai kontraknya sebagai duta dengan syarikat berkenaan. Malah Khai mengakui tidak terkesan apabila nama dan gambarnya dikaitkan dengan isu itu. “Sama ada nak teruskan kerjasama dengan produk itu... saya serahkan kepada peguam sahaja. Khai bakal menjayakan Konsert Inteam 20 Tahun pada 12 Disember depan. “Sejujurnya isu ini tak menganggu kerjaya sebab saya hanya jalankan kerja sahaja. “Apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran, mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran kerja,” ujarnya. Pada 13 November lalu, media melaporkan penahanan seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah jenis methamphetamine. Usahawan kosmetik itu ditahan bersama adik lelakinya, seorang tentera lain-lain pangkat berusia 25 tahun. Ketika serbuan suspek dua beradik itu menaiki Ford Mustang dan polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta. Polis turut merampas kenderaan mewah itu, dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua. Sejurus tersebar berita penahanan itu, pengarah syarikat tampil menafikan mereka mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan. Pihaknya mengesahkan bahawa lelaki ditahan itu bukanlah ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat terbabit seperti yang ditularkan di media sosial. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!