SUSULAN enam laporan diterima pihak polis membabitkan pelbagai kesalahan seksual, reman terhadap pendakwah selebriti iaitu Da'i Syed disambung lagi selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad ini bagi membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Tuan Ahmad Feisal Mohd Azmi pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed direman 5 hari untuk siasatan kes rogol gadis Da'i Syed atau Syed Syah Iqmal Mohammad Shaiful Syed Jamallulail kelihatan tenang ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11 pagi. Suspek yang berusia 25 tahun memakai baju yang sama berwarna hijau ketika hadir untuk permohonan reman pertama pada Jumaat, 27 November lalu. Dia yang kelihatan kusut dan seolah-olah tidak terurus bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang membuat liputan. Da'i Syed hadir dalam keadaan tidak terurus. "Terima kasih banyak semua. Alright thank you... Assalamualaikum jumpa lagi," katanya sebelum meninggalkan mahkamah sebelum memasuki kenderaan polis. Sementara itu peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili suspek memberitahu pihak media, Da'i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya. Dia akan cuba membersihkan namanya melalui peruntukan undang-undang yang ada. AHMAD AMZAR AHMAD AZLAN PEGUAM "Dia menafikan sebarang kesalahan terhadap aduan atau tuduhan yang dibuat terhadapnya dan dia sedia memberi kerjasama kepada polis untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. "Dia akan cuba membersihkan namanya melalui peruntukan undang-undang yang ada. "Saya dimaklumkan ada banyak report tiba-tiba muncul, ada kemungkinan akan disambung siasatan di balai-balai lain," ujar peguam bela kepada mStar. Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas polis menerima laporan dakwaan rogol terhadapnya. Manakala pada Isnin, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan berkata, pihak polis menerima enam laporan mengenai salah laku seksual membabitkan Syed. Siasatan bakal dijalankan di bawah Kanun Keseksaan iaitu seksyen 376 kerana merogol, seksyen 354 kerana melakukan cabul, seksyen 377 iaitu seks luar aturan tabii dan skesyen 323 kerana mendatangkan kecederaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!