suria

YouTuber terkenal dari Kelantan direman dua hari selepas didakwa cabul pelakon drama

YouTuber direman dua hari bantu siasatan kes cabul. FOTO SINAR HARIAN

SELEPAS pendakwah muda, Syed Iqmal atau dikenali sebagai Da'i Syed ditahan dan didakwa kerana mencabul dan merogol beberapa gadis baru-baru ini, kali ini seorang YouTuber dari Kelantan menghadapi tuduhan serupa iaitu mencabul.

Personaliti media sosial berusia 22 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah inap desa, Ogos lalu.

Majistret, makamah Kota Bharu, Kamarul Hasyime Rosli mengeluarkan perintah tahan reman terhadap suspek pada Jumaat selama dua hari bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima 6 laporan salah laku seks pendakwah selebriti... Reman terhadap Da'i Syed bakal disambung

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas 13 hari di lokap, Da’i Syed terpaksa bermalam di pusat tahanan... Ikat jamin RM35,000 tak sempat nak bayar

Sebelum itu, media tempatan melaporkan seorang YouTuber yang menghasilkan drama untuk kandungan di YouTube tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul.



Youtuber ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan cabul seorang gadis. - FOTO KOSMO.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata suspek menyerah diri pada jam 10.30 pagi, Jumaat.

Pada 4 Disember lalu, seorang wanita berusia 24 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh suspek dan kejadian itu berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian.

Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan selepas tamat penggambaran drama melibatkan YouTuber berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkannya untuk berlakon sebuah drama di YouTube dengan bayaran RM600.

Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian suspek didakwa masuk ke dalam bilik lalu mencium, memeluk serta meraba mangsa dan melakukan onani.

Selepas empat bulan, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas terbaca mengenai kes yang melibatkan pendakwah selebriti dan merasakan kejadian sama berlaku kepadanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain