suria

Zizan Razak kesal riak wajah dan jodohnya jadi bahan jenaka selepas Kamal Adli lamar Uqasha Senrose - “Apabila sebut bab jodoh saya taklah sebangsat itu”

Riak wajah Zizan Razak melihat Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di AME2020.

KEJUTAN yang dibuat pelakon Kamal Adli yang melamar kekasihnya Uqasha Senrose di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) malam Ahad menerima pelbagai respons netizen.

Malah, riak wajah yang ditunjukkan pelawak Zizan Razak ketika siaran langsung itu juga mendapat perhatian dan tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli buat kejutan! Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Minta Tidak Dituduh Punca Putus Cinta Zizan & Emma Maembong

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 36, meluahkan rasa kurang senang apabila segelintir netizen mula mengungkit tentang kisah cinta dan mempersoalkan jodoh pelawak berkenaan.

"Melihat apa yang berlaku malam ini menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas AME2020.

Bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan

ZIZAN RAZAK

PELAWAK

"Bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia.

Tambah Zizan, reaksi wajahnya ketika moment berlangsung bukanlah sesuatu yang sudah dirancang.



Kamal Adli buat kejutan lamar Uqasha Senrose di pentas AME2020.

Katanya, dia hanya memberi respons supaya acara itu menjadi lebih menarik.

"Maaf apa yang berlaku (riak wajah) bukan dirancang dan saya cuma beri respon yang sporting untuk program berkenaan nampak best," ujarnya.

Sebelum ini, Zizan dan Kamal Adli pernah terkait kontroversi cinta tiga segi bersama aktres Emma Maembong.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain