suria

Teka-teki terjawab... Harris Alif, Intan Ladyana nikah 6 Februari depan

Harris dan Intan pilih 6 Februari tarikh mendirikan majlis perkahwinan.

HAMPIR setahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan.

Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Harris, 21, berkata itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan niat mendirikan rumah tangga.

"Hari ini cukup istimewa kerana bersaksikan semua kami ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto tayang cincin, Harris Alif lamar Intan Ladyana?

"Tarikh perkahwinan kami ialah 6 Februari ini... kita nak ambil tarikh lain tapi ada orang dah ambil jadi kami berbincang pilih tarikh ini, ia akan jadi tarikh cukup bermakna buat kami berdua.

"Majlis nanti tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.



Pasangan ini akan bernikah pada Februari depan.

Harris dan Intan mengumumkan berita itu menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian pada Selasa.

Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Turut diadakan malam berinai dan majlis bertandang.

Pada 5 Disember tahun lalu, foto Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.



Peminat teruja apabila mengetahui pasangan ini menjalinkan hubungan cinta pada Mei tahun lalu.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan itu.

Harris bagaimanapun menjelaskan foto romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Anugerah.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain