suria

Kongsi pengalaman diraba kru produksi wanita, Hafreez Adam kesal dituduh sengaja cari publisiti murahan - “Jangan biasakan perkara yang salah!”

Hafreez Adam pernah diraba oleh seorang kru produksi wanita di bahagian dada dan punggungnya.

PELAKON Hafreez Adam tidak menyangka perkongsiannya mengenai pengalaman buruk pernah menjadi mangsa gangguan seksual turut mendapat perhatian media luar negara.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, tujuan dia berkongsikan perkara itu adalah sekadar untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam pernah putus asa jadi pelakon, dah umum berhenti kerana rasa tidak berbakat - “Saya minta Allah tunjuk jalan sehinggalah menang ABPBH”

"Bila saya berkongsikan perkara ini, baharulah saya tahu ramai rupanya lelaki yang pernah mengalami pengalaman macam saya.

"Kebanyakan mereka beritahu saya menerusi DM (direct message), bila jadi macam itu mereka terpaksa diamkan sahaja sebab bila bersuara, orang di sekeliling akan kata yang kami overdramatic.

"Bagi saya, gangguan seksual ini tidak mengira gender. Ia boleh berlaku kepada perempuan dan juga lelaki, konsepnya adalah sama. Saya harap ramai orang akan jadi lebih alert bila melibatkan perkara sebegini dan jangan anggap ia sebagai satu gurauan," katanya ketika dihubungi mStar.

Perkongsian Hafreez Adam mengenai dirinya pernah diraba oleh kru produksi wanita.

Perkongsian Hafreez mengenai dirinya pernah diraba di bahagian dada dan punggung oleh seorang kru produksi wanita di sebuah set penggambaran drama pada dua tahun lalu mendapat perhatian netizen selepas dia meluahkan perkara itu di laman Instagramnya pada Rabu.

Selepas menceritakan insiden itu, Hafreez berkata dia turut menerima komen negatif daripada netizen yang menuduhnya sengaja mahu mendapatkan publisiti murahan di atas perkongsian tersebut.

"Saya ada baca komen yang kata saya sengaja memperbesar-besarkan cerita dan overdramatic. Malah ada juga yang tuduh saya sengaja nak publisiti murahan bila kongsi cerita macam ini.

Kebanyakan mereka beritahu saya menerusi DM (direct message), bila jadi macam itu mereka terpaksa diamkan sahaja sebab bila bersuara, orang di sekeliling akan kata yang kami overdramatic.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

"Disebabkan komen-komen negatif macam itulah, ramai mangsa gangguan seksual tak mahu tampil ke hadapan. Ramai orang anggap perkara ini macam dah biasa (gurauan lucah/seksual) dalam masyarakat kita.

"Disebabkan itu saya rasa terpanggil untuk beri kesedaran mengenai isu ini. Saya harap lepas ini, kita semua akan jadi masyarakat yang tahu menghormati batas-batas dalam bergurau. Macam saya, selain bahagian sulit yang sudah semestinya tak boleh disentuh, saya pun tak suka dan cukup sensitif kalau orang nak pegang biceps atau perut saya," ujarnya lagi.

Susulan itu, Hafreez berharap mana-mana individu yang pernah melalui insiden sepertinya agar sentiasa berani untuk berkata tidak dalam mempertahankan diri masing-masing.

"Sekarang, kalau ada orang nak buat perkara macam itu lagi, memang saya akan terus 'sound' masa itu juga. Saya harap orang yang melalui pengalaman sama macam saya akan jadi lebih berani untuk stand up for yourself.

"Jangan risau orang cakap 'overdramatic' atau apa, sebab apa yang mereka buat itu memang satu kesalahan. Jangan biasakan perkara yang salah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain