suria

[VIDEO] Aiman Tino dah balik rumah, akui silap diri sendiri - “Isunya sebab saya lupa call semula dan balas mesej ayah”

SUSULAN status yang dimuat naik ibunya Hazelina Mat Jalil yang mendedahkan Aiman Tino sudah berubah, penyanyi itu tampil menjelaskan semua yang berlaku itu disebabkan salah faham.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 23 tahun itu mengaku apa yang berlaku itu berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aiman Tino hilangkan diri? Ibu dakwa anak abaikan keluarga - “Macam itulah kalau dah dikongkong, mak kau kat KKB ni... mari cari!”

"Semuanya salah faham dan silap diri saya sendiri. Saya pun dah hubungi mak dan ayah saya.

"Isunya terjadi sebab saya terlupa nak call semula dan balas mesej WhatsApp ayah saya.

"Dari situ mak ayah saya mula fikir macam-macam," katanya.

Menurut penyanyi Ku Rela Dibenci itu, dia sudah pun pulang ke kediaman keluarga di Kuala Kubu Bharu, Selangor malam Isnin bagi menjernihkan keadaan.

"Saya dah balik ke KKB semalam dan sudah jelaskan semua salah faham pada ibu bapa saya.

Antara status yang dimuat naik ibu Aiman.

"Saya cakap pada mereka walaupun saya jauh dengan keluarga, tak perlu mereka fikir bukan-bukan pada saya sebab saya boleh nilai sendiri mana baik dan mana buruk.

"Saya di KL ini pun untuk tujuan cari rezeki... saya boleh jaga diri sendiri," katanya.

Isunya terjadi sebab saya terlupa nak call semula dan balas mesej WhatsApp ayah saya.

AIMAN TINO

PENYANYI

Menjawab dakwaan ibunya yang dia kini dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah, Aiman berkata mengenali wanita itu dan mereka berkenalan atas urusan kerja.

"Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri.

"Kepada semua pihak, jangan buat andaian sendiri dan teruskan menyokong kerjaya saya," ujarnya lagi.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, ibu Aiman meluahkan rasa terkilan terhadap sikap anaknya yang didakwa mula 'buat hal' hingga mengabaikan kerjaya seni.

Malah, ibunya turut mendakwa Aiman gagal dihubungi hingga menganggu urusan berkaitan kariernya termasuk percaya kehidupan anaknya dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain