EJEKAN netizen kononnya Nilai 3 merupakan sebahagian dari daerah Selangor sehingga menyebabkan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz ‘bebas’ daripada dakwaan merentas negeri turut menarik perhatian Menteri Besar (MB) Selangor dan Negeri Sembilan. Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada ciapannya terlebih dahulu menceritakan sejarah Nilai 3 sebelum menjadi sebahagian kawasan Negeri Sembilan menerusi satu perjanjian pada 1880. ARTIKEL BERKAITAN: Polis rujuk semula kes Neelofa rentas negeri beli karpet di Nilai... Pejabat Peguam Negara diminta teliti sekali lagi “Melihat ejekan-ejekan yg melintas di garis masa tentang Nilai 3 dalam wilayah Selangor, telah memutar ingatan saya tentang Lukut yang pernah dalam jajahan pentadbiran Selangor sebelum diserah ke pemerintahan Sungai Ujong Negeri Sembilan dalam satu perjanjian pada tahun 1880, ” tulisnya. Perbualan MB dua negeri mendapat perhatian. Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap Neelofa dan suaminya, selepas video pasangan itu sedang membeli karpet di Nilai 3 tular. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertikaikan keputusan tersebut malah segelintir mereka juga membuat jenaka bahawa Nilai 3 kini sudah berada di kawasan Selangor. Dalam pada itu, status yang dimuat naik Amirudin Shari tersebut mendapat perhatian MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berseloroh dengan mengatakan ingin menjual Nilai 3. Kejap saya ukur Nilai 3 dulu. DATUK SERI AMINUDDIN HARUN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN "Berapa harga hendak beli Nilai 3 ya?" tulisnya secara berseloroh. Perbualan tersebut berterusan apabila Amirudin Shari kemudiannya membalas dengan mengatakan perbincangan itu perlu disertai oleh jurunilai. "Haha kena bincangan dengan jurunilai," jelasnya. Masih tidak berakhir di situ, Aminuddin memberitahu dia memerlukan masa untuk mengukur kawasan Nilai 3 terlebih dahulu. "Kejap saya ukur Nilai 3 dulu," katanya dengan memuat baik emoji ketawa. Selepas perbualan antara dua MB itu menarik perhatian netizen di laman sosial, Aminuddin menjelaskan perbincangan mereka itu sekadar gurauan sahaja. OCPD Nilai meminta orang ramai tidak mensensasikan kes berkaitan Neelofa dan suami. Menerusi laporan mStar pada Sabtu, susulan kebimbangan ramai berhubung kes rentas negeri membabitkan Neelofa dan Haris Ismail, kertas siasatan mengenainya dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti semula. Untuk rekod, Neelofa dan suami dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pasangan itu didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32 dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM15,000 dan sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 4 Jun depan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!