suria

Ramai DM Caprice minta maaf, penjelasan Nadir Al-Nuri buka mata kisah Ebit Lew di Gaza - “Allah bantu terangkan bagi pihak"

Caprice akan meneruskan perancangannya untuk mengadakan sesi Instagram live selepas penjelasan yang dibuat Nadir Al-Nuri.

CERITA belakang tabir seperti didedahkan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza iaitu Nadir Al-Nuri akhirnya memberi sedikit 'kekuatan' kepada Caprice untuk terus bersuara.

Semangat Caprice atau Ariz Ramli, 33, kembali berkobar-kobar selepas dia dihujani dengan mesej di Instagram daripada netizen yang tampil memohon maaf kepadanya.

Ia berlaku susulan pendedahan Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia tentang misi kemanusiaan ke Gaza oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja persoal, Nadir Al-Nuri dedah cara team Ebit Lew di Gaza... tapi akui tak pernah iri hati, cuma kongsi teguran ‘kasih-sayang’

"Alamak banyak sangat DM (mesej langsung) minta maaf secara tiba-tiba. Dengan post ni Caprice nak cakap... kita terus terang maafkan semua yang caci, maki kita.

AAAAa

Netizen tampil memohon maaf kepada Caprice.

"Cara Caprice tetap salah dan Alhamdulillah juga sebab sejak kita viral, Caprice banyak belajar tentang kesabaran, pejuang dan Palestin.

"Tak mengapa guys, Islam ajar kita untuk minta maaf apabila silap dan maafkan orang," katanya menerusi rantaian posting di Istastory pada Rabu.

Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Caprice turut berkongsi beberapa mesej permohonan maaf daripada netizen.

"Kebenaran mula berlaku, saya minta maaf kerana berprasangka buruk terhadap anda, Cap. Semoga Allah berikan syurga untuk anda, bro.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya minta maaf juga Cap, semoga Allah permudahkan urusan.

"Alhamdulillah untuk penerangan Nadir. Lihatlah Allah dah bantu untuk terangkan bagi pihak Caprice melalui tuan Nadir. Semoga Allah lindungi anda," tulis beberapa netizen.

186472558_4283824908314388_9059764443584042114_n

Ebit ketika mengikuti misi kemanusiaan untuk rakyat Gaza, Palestin baru-baru ini.

Pada Selasa, Nadir tampil membuat penjelasan panjang lebar berhubung misi kemanusiaan di Gaza membabitkan Ebit menerusi saluran Telegram miliknya yang antara lain menyentuh mengenai cara pasukan pendakwah itu melaksanakan misi berkenaan.

Bagaimanapun ujar Nadir dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan Nadir, Caprice juga berkata dia akan meneruskan sesi Instagram live seperti yang dijanjikan bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Gaza.

"Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah.

"Harap selepas IG live pada pukul 10 malam ni, kita semua dapat tutup buku dan jalan terus ke depan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Caprice, Ebit Lew, Misi Gaza, Nadir Al-Nuri,

Artikel Lain