suria

Shuk Sahar nak lawan! Tak tahan tuduhan bekas kekasih, lantik peguam untuk bela diri - “Segala dakwaan adalah tidak benar”

Shuk dan isteri dalam pertimbangan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Fara Salleh.

KONFLIK cinta segi Shuk Sahar seakan-akan tidak berpenghujung apabila kini bekas kekasihnya, Fara Salleh mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cabul melibatkan pelawak itu.

Enggan membiarkan dakwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar mula bertindak mengikut undang-undang.

Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang dikenali sebagai Sera membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada Ahad malam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fara Salleh mengaku skandal dengan Shuk Sahar sudah berakhir - “Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!”

Peguam yang mewakili pasangan itu iaitu Haziq Aizuddin Subhi berkata kes itu sudah dipindahkan ke Balai Polis Pudu untuk siasatan lanjut.

"Malam tadi saya bertemu Sera dan Shuk di Balai Polis Setapak untuk membuat laporan polis terhadap Fara Salleh yang melemparkan beberapa tuduhan terhadap Shuk.

Shuk 2

Shuk dan isteri sudah membuat laporan polis pada malam, Ahad.

"Kes tersebut kini dibawa untuk siasatan di Balai Polis Pudu. Mereka membuat laporan berikutan tuduhan dan ugutan daripada Fara. Segala dakwaan terhadap Shuk adalah tidak benar.

"Mereka juga dalam pertimbangan untuk memfailkan saman fitnah memandangkan apa yang dilakukan Fara itu telah mencemarkan imej Shuk dan ia juga satu penganiayaan," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Fara menerusi Instagram miliknya memuat naik salinan laporan polis seorang wanita yang mendakwa pernah manjadi mangsa cabul oleh Shuk.

Malah, Fara turut berkongsi perbualannya dengan individu tersebut yang mendakwa dicabul pada Februari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Kami sudah mengumpul bukti dan menyimpan semua paparan skrin perkongsian Fara.

HAZIQ AIZUDDIN

PEGUAM

Fara juga didakwa memuat naik sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Shuk tidak berpakaian berada di sebuah bilik hotel namun perkongsian itu sudah dipadamkan.

Dalam pada itu, Haziq memberitahu Shuk juga akan membuat laporan terhadap akaun Instagram Fara di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelas Haziq lagi, pihaknya juga sudah mengumpul bukti dan paparan skrin kesemua perkongsian Fara yang menuduh serta fitnah anak guamnya.

Shuk 1

Fara berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang mendakwa hampir dicabul oleh Shuk.

"Hari ini atau mungkin esok, Shuk akan membuat laporan lanjut di SKMM terhadap akaun Instagram Fara Salleh. Sebab Fara ada memuat naik nombor telefon peribadi Shuk di Instagram.

"Disebabkan perkongsian tersebut, Shuk diganggu dengan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali sepanjang malam tadi sehingga dia terpaksa menutup telefonnya.

"Kami juga sudah mengumpul bukti dan menyimpan semua paparan skrin perkongsian Fara yang melemparkan tuduhan dan dakwaan terhadap Shuk," ujarnya.

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain