suria

[VIDEO] Tengah sakit tetap fikir nak menderma, Siti Sarah rajin bersedekah semasa hidup - “Sebelum naik ambulans dia sempat transfer duit”

SIKAP pemurah serta tidak lokek berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sudah menjadi amalan Siti Sarah Raisuddin sepanjang hayatnya.

Mendedahkan mengenai sikap mulia penyanyi lagu Semakin itu, pengurusnya iaitu Nana Mohamad Rom memberitahu Siti Sarah gemar menghulurkan sumbangan kepada rakan-rakan dan pengikutnya di laman sosial.

Malah sebelum dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Nana memberitahu isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini masih sempat memindahkan sejumlah wang untuk disumbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak-anak belum tahu lagi...” - Shuib

"Dia paling suka menderma, selalu menderma sana sini... kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu. Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita.

"Yang terbaharu, sebelum dia menaiki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang kepada ibu tirinya dan minta ia disedekahkan.

sarah 1

Allahyarham Siti Sarah bersama suami dan tiga anak mereka.

"Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya ambil semua produk tudung untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nana ditemui selepas pengebumian jenazah Allahyarham Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang, Isnin.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di PPUKM selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Sebelum dia menaiki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang pada satu akaun miliknya kepada ibu tirinya dan minta ia disedekahkan!

NANA MOHAMAD ROM

PENGURUS SITI SARAH

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Bercakap mengenai tahap kesihatan Siti Sarah, Nana berkata penyanyi itu tidak pernah memiliki sebarang sejarah penyakit kronik.

"Dia tak ada sebarang penyakit... dia sangat menjaga pemakanan, semasa kuarantin dia selalu dapatkan rujukan doktor peribadi.

sarah 3

Pengurus Siti Sarah; Nana (kiri) dan Wati.

"Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, memang saya telefon setiap hari... dia kata keadaan dia okay sahaja dan minta saya jangan risau.

"Tapi pada hari kelapan dia beritahu kena pergi hospital sebab oksigen drop, ketika itu dia mula ada simptom batuk-batuk... dia fikir itu gejala biasa sebab tinggal dua hari untuk potong gelang," ujarnya.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan yang kini masih dipantau di PPUKM, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain