suria

[VIDEO] Peniaga tuduh Erma Fatima scammer, dapat barang terus senyap - “Biadab! Mereka buat artis macam hamba”

Erma serik dan enggan melakukan ulasan dan akan menghantar semula produk yang diterima kepada peniaga tersebut.

GARA-GARA tidak membuat ulasan produk yang dihantar seorang peniaga, pelakon dan pengarah Erma Fatima dituduh sebagai scammer oleh seorang peniaga di aplikasi TikTok.

Berang dengan tuduhan tersebut, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahman Ali menganggap tindakan peniaga tersebut sangat biadab lebih-lebih lagi apabila sengaja menimbulkan kebencian orang ramai terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Erma Fatima minta maaf, ‘koyak’ diherdik netizen isu Carl Samsudin - “Nauzubillah... kononnya cerita tentang adab, tapi peradaban anda?"

Menurut pelakon berusia 53 tahun itu, dia tidak pernah meminta untuk membuat ulasan produk malah enggan meletakkan sebarang bayaran jika terpanggil melakukan kerja tersebut.

"Biadab! Mereka ini buat artis macam hamba. Tak reti bersyukur orang tolong. Baru saya faham kenapa Janna Nick dan ramai artis pun geram.

"Semalam saya dapat mesej yang dia viralkan dekat TikTok. Saya tak minta untuk buat ulasan. Dia yang hantar produk dan minta tolong saya buat ulasan.

"Saya tak minta bayaran sesen pun. Kalau saya nak post atau tidak, itu hak saya! IG saya! Saya tak minta pun nak review produk dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini Erma memuat naik status dan video meluahkan rasa berang terhadap seorang peniaga yang menuduhnya tidak melakukan ulasan produk yang sudah diberikan.

Kenapa nak lakukan produk awak dengan memburukkan orang?

ERMA FATIMA

PELAKON

Menerusi perkongsian tersebut, Erma turut memuat naik paparan skrin mesej individu tersebut yang bertanyakan mengenai ulasan produk.

Dalam pada itu pelakon drama Mak Cun ini mendedahkan dia tidak melakukan ulasan produk di laman sosial seperti diminta kerana sedang menjaga ibu yang sedang sakit.

"Waktu itu saya tengah jaga mak saya tengah sakit. Sudah tentu nyawa mak saya lebih penting! Saya jaga mak saya... logik ke saya nak sibuk buat review?

Erma 1

Erma kongsi paparan skrin mesej dia hantar kepada peniaga tersebut.

"Logik ke saya nak baca semua DM? Kenapa nak lakukan produk awak dengan memburukkan orang? Saya dah buat banyak review.

"Saya edit elok-elok sebab saya hargai usaha kau orang tanpa minta apa bayaran pun. Jangan fikir kerja saya hanya buat review.

"Jangan mengundang orang bermaki-makian dan saya bukan scammer! Saya tak hidup dengan hasil review!" ujarnya.

Sementara itu, Erma memberitahu dia enggan melakukan ulasan dan akan menghantar semula produk yang diterima kepada peniaga tersebut.

"Izinkan saya untuk pulangkan semula produk puan. Rasanya haram untuk saya simpan atau bantu puan yang tidak menghargai," katanya menerusi mesej yang dihantar kepada peniaga berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain