suria

Andi Bernadee keluar masuk balai polis gara-gara kes songlap duit tak selesai, harap cepat naik mahkamah

Andi mendakwa ditipu rakan baiknya sehingga kerugian sebanyak RM70,000.

KES dakwaan penipuan melibatkan kerugian wang berjumlah RM70,000 milik penyanyi Andi Bernadee yang dilaporkan Julai lalu nampaknya masih belum selesai.

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 30, berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan berharap individu terlibat segera dibawa ke muka pengadilan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andi Bernadee dianiaya kawan baik, kerugian RM70,000 - “Saya terpaksa tipu mak, kata duit hilang”

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee sedih duit bayaran drama Perisik Cinta Tak Diundang dah kena 'songlap' kawan baik - “Saya belum dapat balik... mungkin bukan rezeki”

"Saya dah pergi ke balai polis sebanyak tiga kali untuk selesaikan siasatan sebab semua bukti telah diserahkan kepada mereka. Tetapi disebabkan ada perubahan pegawai penyiasat (IO), jadi saya terpaksa datang ke balai polis sekali lagi untuk beri keterangan.

1302125

Andi (kiri) bersama peguamnya Faizal Rahman.

"Sekarang pihak polis dalam proses melengkapkan beberapa dokumen lagi dan saya menunggu tarikh sebutan mahkamah untuk kes ini.

“Cuma saya harap pihak berwajib mempercepatkan proses kes ini sebab dah lama sangat, sejak bulan Julai lagi," katanya kepada mStar.

Sebab duit itu semua hasil titik peluh saya sendiri, dalam rezeki saya ada rezeki untuk mak, ayah dan adik-adik yang bersekolah.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

Terdahulu, Andi memuat naik video di Instastory menunjukkan dia berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seksyen 11, Shah Alam bersama peguamnya, Faizal Rahman.

Sementara itu, penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu reda dengan apa yang berlaku dan menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

Namun katanya, apa yang berlaku itu satu pengajaran buat dia agar tidak terlalu mempercayai seseorang.

"Saya terima je apa yang berlaku, tetapi saya percaya semuanya ada hikmah. Kalau dia tak kantoi (tertangkap) hari ini, mungkin akan kantoi tahun depan kan?

493

Andi berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Lebih baik dia kantoi tahun ini sebab kita ada banyak projek yang lebih besar pada tahun hadapan. Macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak akan maafkan dia sampai bila-bila.

"Sebab duit itu semua hasil titik peluh saya sendiri, dalam rezeki saya ada rezeki untuk mak, ayah dan adik-adik yang bersekolah," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 25 Ogos lalu, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga kerugian sebanyak RM70,000.

Susulan itu dia membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dakwa Andi, individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain