suria

Kamal Adli dan Uqasha akan disiasat anjur majlis kahwin langgar SOP, polis tunggu pengantin balik tunai umrah

Pasangan ini berangkat menunaikan umrah pada 23 Disember lalu.

SUSULAN majlis resepsi persandingan artis iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang menimbulkan kemarahan ramai, pihak polis akan memanggil pasangan selebriti itu selepas mereka pulang daripada mengerjakan umrah bagi membantu siasatan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majis pada 15 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, selain pasangan pengantin, polis juga akan memanggil kesemua tetamu dan pemilik villa di Genting Highland, Pahang yang menjadi lokasi majlis berkenaan.

"Pengantin, tetamu, penganjur dan pemilik villa yang berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kamal Adli, Uqasha Senrose sudah sebulan bergelar suami isteri, nikah dalam majlis tertutup 5 November lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi... satu majlis khas untuk peminat

"Kita boleh kesan daripada senarai nama dan RSVP yang ada... saya yakin pasangan selebriti ini juga ada senarai nama tetamu yang mereka jemput.

uqasha 1

Video majlis resepsi Uqasha dan Kamal tular di media sosial.

"Tak apa, pengantin tunaikan amal ibadah (umrah) mereka dahulu, tunggu balik... dah selesai kuarantin barulah kita akan panggil. Ini hanya kes melanggar SOP," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Pasangan mempelai berkeaan berangkat menunaikan umrah di Makkah pada 23 Disember lalu.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 41 saat yang dimuat naik di Facebook memaparkan majlis resepsi pasangan selebriti ini yang diadakan di sebuah villa di pusat peranginan Genting Highlands.

Video itu menjadi perbualan netizen kerana didakwa melanggar SOP Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sudah selesai kuarantin barulah kita akan panggil. Ini hanya kes melanggar SOP.

ZAIHAM MOHD KAHAR

KETUA POLIS DAERAH BENTONG

Berdasarkan video terbabit, didapati ada tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka, selain gagal mengamalkan penjarakan fizikal.

Majlis itu berlangsung kira-kira pukul 8.30 malam dan dihadiri oleh saudara mara serta kenalan rapat.

Sementara itu pengarah drama terkenal Michael Ang turut dilihat berkongsi foto dan video dipercayai pada majlis resepsi dan malam berinai sementara Anuar Zain antara tetamu diundang membuat persembahan.

Menerusi video pada majlis malam berinai, pasangan pengantin turut dilihat menghiburkan tetamu yang hadir dengan tarian lagu-lagu Bollywood.

uqasha 2

Kamal dan Uqasha kini sedang menunaikan ibadah umrah di Kota Suci Makkah.

Kes itu disiasat mengikut Perkara 17, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Untuk rekod Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu.

Pasangan ini meraikan kisah cinta mereka dalam sebuah majlis persandingan mereka di Puncak Dani, Genting Highlands pada 15 Disember lalu, majlis tertutup untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain