suria

Peluang kedua! Harta Sajat dilelong semula Rabu ini, pembida dinasihat bawa wang tunai mencukupi

Harta dan aset Nur Sajat dilelong gara-gara gagal bayar pampasan RM200,000 kepada stokis.

SELEPAS kegagalan sesi lelongan awam pertama pada 14 Disember lalu, aset milik usahawan kontroversi Muhammad Sahhad Kamaruz Zaman atau Sajat yang disita bakal dilelong kali kedua pada Rabu.

Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili plaintif OWA Resources, lelongan kali kedua ini akan dilakukan di lokasi sama di rumah Sajat iaitu No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelongan gagal! Pembida harta Sajat hilangkan diri selepas keluar ambil duit RM132,000

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah arah harta dan rumah Sajat di Kota Damansara dilelong, gagal bayar pampasan RM200,000

"Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan agar lelongan awam kali kedua dilakukan.

Harta dan aset Nur Sajat dilelong gara-gara gagal bayar pampasan RM200,000 kepada stokis.

Senarai 39 barang Sajat yang dilelong.

“Pihak firma guaman kami menerima pengisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada hari Khamis, 16 Disember lepas.

"Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke lokasi lelongan pada hari Rabu ini,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Nurul Hafidzah menasihatkan individu yang ingin membida pada hari lelongan membawa wang tunai yang mencukupi bagi memastikan bayaran terus dibuat selepas proses pembidaan.

Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke lokasi lelongan pada hari Rabu ini.

NURUL HAFIDZAH

PEGUAM

Senarai barang-barang yang akan dilelong pada pukul 10.30 pagi itu adalah sama seperti lelongan yang telah dilangsungkan pada hari pertama lelongan, 14 Disember lalu.

Proses lelongan awam terpaksa dilakukan untuk kali kedua pada minggu ini kerana lelongan pertama pada 14 Disember lalu gagal apabila seorang pembida, Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol yang membuat bidaan tertinggi sebanyak RM132,000 menghilangkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sejurus selepas sesi bidaan berakhir.

sajat6

Barang-barang di bilik tidur yang dilelong.

Proses lelongan kedua ini bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar seperti diarahkan mahkamah kepada anak-anak guam iaitu Nurwati Husin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 daripada OWA Resources Sdn. Bhd. yang merupakan bekas stokis utama usahawan tersebut.

“Objektif utama anak-anak guam mengambil tindakan undang-undang melalui kes saman sivil ini adalah bagi membersihkan nama mereka setelah dituduh menipu, memfitnah dan apabila satu laporan polis palsu telah dibuat oleh pihak defendan yang kononnya anak guam telah pecah amanah wang syarikat Muhammad Sajjad sebanyak RM1 juta,

“Selepas lebih daripada tiga tahun berjuang untuk kes ini di mahkamah, sistem kehakiman mendapati yang pihak plaintif tidak pernah menipu, memfitnah dan pecah amanah seperti yang didakwa oleh pihak defendan. Anak-anak guam tidak bersalah dan keadilan telah ditegakkan,” tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain