suria

Dikecam dukung wanita bertudung, Zul Ariffin anggap macam sarapan pagi - “Makan je la, kemudian move on”

Zul tidak bimbang dengan kecaman ramai berhubung aksi mesranya itu.

DIKECAM kerana tidak sensitif apabila dilihat begitu terbuka beraksi mendukung wanita, pelakon Zul Ariffin memberitahu ia hanya lakonan bagi mempromosikan produk.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, kritikan dan kecaman yang diterima bukan isu besar yang perlu dirisaukan.

“Tak rancang pun semua tu. Apabila sesi penggambaran, saya hanya buat kerja saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin jual bengkung, peminat kecewa aksi dukung dan peluk wanita bertudung

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pramugari ini buat peminat Zul Ariffin patah hati, rupa-rupanya dah tiga tahun kenal

“Apabila ia menjadi viral saya diamkan sahaja.

WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.12 PM

Zul Ariffin bersama pengasas produk bengkung, Sasha Abdul Aziz dan Farah Abdul Aziz pada majlis pelancarannya di Shah Alam.

“Kritikan bagaikan sarapan pagi buat saya, makan je la, kemudian move on,” ujar Zul Ariffin kepada mStar.

Zul ditemui ketika majlis makan malam dan memperkenalkan pelakon Sangkar itu sebagai duta produk bengkung jenama Superwoman yang diadakan di Shah Alam pada Jumaat.

Saya tak boleh nak kawal semua itu, apa yang penting hanya buat kerja saya.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Pada 4 Januari lalu, aksi mesra dan romantik Zul yang mendukung wanita bertudung dalam sebuah video iklan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Rata-rata menyifatkan perbuatan berkenaan kurang manis untuk tontonan umum di media sosial.

Selain itu, iklan tersebut juga dianggap tidak sesuai dengan standard aktor berkenaan sebagai pelakon yang mempunyai kelas tersendiri.

258505141_1027780497766445_4250616474660371554_n

Zul menerima kritikan kerana aksinya dalam iklan berkenaan yang dianggap tidak manis.

Bagaimanapun Pelakon Terbaik Filem, Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) ini berkata, dia cukup faham dengan permainan dunia hiburan.

Sebagai pelakon dia hanya menjalankan tanggungjawab untuk menghiburkan penonton menerusi karya-karya berkualiti.

“Ini adalah show business dan orang akan beri perhatian lebih. Semua orang nak tahu apa berlaku.

“Saya tak boleh nak kawal semua itu. Apa yang penting hanya buat kerja saya,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain