suria

Padah kongsi aksi lucah di IG, Zul Ariffin bakal disiasat... Annuar Musa larang babak panas tayang di TV

Annuar Musa larang adegan panas lakonan Zul dan Hariesa ditayangkan.

TINDAKAN pelakon Zul Ariffin memuat naik sedutan babak panas di Instagram mengundang padah apabila dia bakal disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-Kom) Tan Sri Annuar Musa, perkongsian aktor itu menyalahi undang-undang dan menegaskan adegan berkenaan dilarang untuk tayangan.

"Zul Ariffin akan disiasat kerana hantaran Instagram yang menyalahi undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti... Pengarah minta henti kecam Erma Fatima

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara Zul Ariffin, TV3 tegur pelakon dan produksi... Adegan dilakonkan tidak dapat kelulusan stesen TV

"Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan lain, jagalah nilai dan budaya," katanya.

Annuar memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman Twitter miliknya pada pagi Selasa.

annuar zul 1

Annuar maklumkan mengenai tindakan terhadap Zul di Twitter.

Dalam hantaran sebelum ini, Annuar memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh sensitiviti agama dan rakyat di negara ini.

Sekiranya kita mendapati stesen televisyen tidak menjaga garis panduan tertentu, maka saya akan menyemak semula kemudahan itu

TAN SRI ANNUAR MUSA

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Ujarnya, K-Kom tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Pada Jumaat lalu, Instagram Zul, 36, diserang netizen selepas dia memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di platform berkenaan.

zul menteri 3

Ramai kurang senang video babak panas dikongsi Zul di Instagram.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Selepas teruk dikecam, Zul akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram pada Isnin.

Artikel Lain