PENDEDAHAN pelakon dan pengacara Myra Natasya bahawa dia anak tunggal kepada Halim Othman mengundang pelbagai spekulasi berkaitan hal rumahtangga penyampai radio itu. Lebih menjadi tanda tanya apabila biodata Myra, 27, yang sebelum ini menyertai pertandingan Dewi Remaja 2019/2020 tertulis nama sebenar Yusmyra Natasya Abdullah tersebar dan menjadi bualan netizen. Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Myra berkata, ibunya Yusnita Omar, 47, berkahwin dengan Halim, 56, di Thailand pada 1994 dan dia dilahirkan pada 1995. ARTIKEL BERKAITAN: Halim Othman Kembali Jadi Pengacara TV Selepas 10 Tahun ARTIKEL BERKAITAN: Tayang barang kemas sebab nak tunjuk kejayaan, Ifa Raziah terpaksa pasang lima ‘bodyguard’! Bagaimanapun menurut Myra, ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian. "Mengenai nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah... saya menggunakan ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di Thailand. Myra merupakan anak tunggal kepada bekas penyampai radio Halim Othman. "Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang 'public figure' iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun. "Dia tidak mahu cerita sebab masa itu dia baru cerai dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu untuk cerita perkara yang bukan tentang kerjaya" ujarnya kepada mStar. Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang 'public figure' iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun MYRA NATASYA PELAKON/ PENGACARA Difahamkan perkahwinan Halim dan Yusnita tidak didaftarkan di Malaysia. Dalam pada itu ditanya mengapa mengambil masa yang lama mendedahkan hal itu, Myra berkata bapanya tidak mahu dia menggunakan jalan pintas untuk membina nama. Namun, selepas beberapa kali membuat permintaan, Myra syukur Halim akhirnya bersetuju untuk membuka rahsia yang dipendam selama 27 tahun itu. Myra merupakan Finalis Pencarian Dewi Remaja 2019. "Ini masa terbaik untuk memberitahu perkara itu, kalau dulu semasa saya berada dalam pertandingan pasti ada yang beranggapan saya ingin menumpang glamor atau guna cable. "Saya umumkan sekarang sebab mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan saya rasa tak elok andai harus terus berpura-pura. "Saya pernah tanya kepada bapa jika orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu... dia kata okey cakap jelah. Saya terus rasa terharu dan menangis kerana itu bukan pertama kali saya minta kebenaran dia... mungkin kali ke 18. "Mungkin sebab bulan Ramadan, hati dia akhirnya terbuka untuk berkongsi," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!