SEORANG penyanyi berusia 45 tahun ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara selepas dipercayai memukul bekas isterinya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah kira-kira 2.29 petang. Mangsa yang berusia 27 tahun itu kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Artis nasyid popular berdepan hukuman gantung, 17 pokok ganja ditanam dalam rumah ARTIKEL BERKAITAN: Lama terperap di rumah, polis Nilai cekup artis wanita positif dadah Tambah beliau, kejadian itu berlaku selepas terdapat perselisihan faham gara-gara mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit. "Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa," katanya dalam kenyataan, pada Rabu. Mohamad Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan lelaki berkenaan di kediamannya. “Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif. “Suspek akan dibawa ke mahkamah pada Khamis untuk permohonan reman,” ujarnya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI