suria

[VIDEO] Netizen persoal kenapa Awal Ashaari digari, bandingkan kes Siti Bainun… Peguam jelaskan ia bidang kuasa polis

VIDEO menunjukkan pengacara Awal Ashaari digari ketika berada di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa lalu mengundang simpati ramai.

Rata-rata mempersoalkan mengapa selebriti berusia 41 tahun berkenaan dilayan seperti seorang penjenayah.

Tampil menjelaskan tentang persoalan itu peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata tatacara pengurusan orang kena tuduh (OKT) adalah di bawah bidang kuasa polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari didakwa lakukan khianat, rosakkan palang pagar perumahan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak bayar yuran selenggara punca Awal Ashaari dihalang masuk rumah... Mengaku alih palang ‘gate’ guna tangan, tapi bukan langgar harta awam

Katanya, polis selaku penjawat awam mempunyai pertimbangan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan suspek.

"Gari atau tidak gari bergantung kepada keputusan pihak polis sendiri macam mana mereka nak handle.

"Ada juga keadaan mereka tak digari pun, tapi sementara menunggu wang jaminan di selesaikan mereka perlu digari. Ia bergantung kepada bidang kuasa polis ketika itu dan bukan disebabkan kesalahan itu ringan atau berat. Ia sama sahaja.

WhatsApp Image 2022-05-17 at 1.00.23 PM

Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara

"Biasanya kalau di mahkamah peguam tidak akan mengganggu tugas penjawat awam ni sebab akan menyukarkan tugas mereka. Kalau mereka nak letakkan OKT atau suspek di suatu tempat dan nak gari, kami peguam tak akan ganggu. Kalau tak gari maka tak gari la," katanya kepada mStar.

Sementara itu, mengulas perbandingan netizen dengan Siti Bainun Ahd Razal yang menjadi suspek utama kes penderaan tragis kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Bella, Hafizah berkata, kedua-duanya di bawah akta berlainan.

Gari atau tidak gari bergantung kepada keputusan pihak polis sendiri macam mana mereka nak handle.

NURUL HAFIDZAH HASSAN

PEGUAM

"Asalnya kes Siti Bainun tiada reman maksudnya dia berikan kerjasama di balai. Dia sebenarnya ditangkap dan reman diteruskan sebab tu tak ada keperluan gari.

"Dia pun dah bayar jamin bukan sebab kesalahan tu berat atau tidak.

"Siti Bainun dan Awal di bawah akta yang berlainan, kesemua dalam mana-mana dakwaan ia tertakluk pada prosedur tertentu," ujarnya.

SADSA

Nurul Hafidzah peguam mewakili Siti Bainun berhubung kes penderaan tragis kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Bella.

Pada Selasa, pelakon dan pengacara Awal Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain