suria

Ashira dan Bad Indigo umum sudah bercerai

Ashira dan Bad akhirnya memilih untuk berpisah.

TIADA angin, tiada ribut, penyanyi Ashira dan suaminya yang juga ahli kumpulan Indigo, Bad mengumumkan bahawa rumah tangga mereka sudah berakhir.

Ashira dan Bad menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.

"Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila," kata Bad.

Ashira

Perkahwinan Ashira dan Bad hanya bertahan selama setahun.

Untuk rekod, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 11 Mac tahun lalu.

Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 13, dan Rania, 12 manakala Ashira pula berstatus ibu tunggal pada 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 16.

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo jatuh sakit selepas kahwin, Ashira terpaksa ambil upah basuh pinggan di kedai makan

ARTIKEL BERKAITAN: Ashira rimas netizen tak habis-habis tanya fasal tudung, tak semua perempuan ‘free hair’ jahat

Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.

ASHIRA

PENYANYI

Sementara itu, Ashira berkata dia memaklumkan perkara itu kerana enggan mana-mana pihak membuat spekulasi tidak betul mengenai rumah tangga mereka.

"Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah.

"Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.

"Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia (Bad) dan Allah saja tahu," ujar Ashira.

Ashira

Ashira dan Bad masih berkawan.

Dalam pada itu, Bad turut menjelaskan dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengunci mulut mereka mengenai punca perpisahan mereka.

"Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita... yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni, ia adalah satu aib.

"Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah dosa.

"Biar Allah yang tahu. Semoga tiada lagi pertanyaan mana Ashira, mana Bad? Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami," ujarnya.

Bad, 47, terpaksa menjalani pembedahan membuang jari kakinya yang sudah luka akibat penyakit diabetes yang dihidapinya pada Januari, Mac dan September tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain