suria

“Sepatutnya saya ganyang dia” - Puteri Sarah buat 2 tuntutan terhadap Ira Kazar di Jawi

Puteri Sarah akan terus mempertahankan hak diri dan anak-anak.

MENGOTAKAN janjinya untuk terus mempertahankan hak dirinya dan anak-anak, pelakon Puteri Sarah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Rabu.

Muncul menerusi video live Instagram bersama pelakon Nad Zainal, Puteri Sarah menjelaskan kehadirannya ke Jawi adalah untuk membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar.

Berkongsi mengenai tuntutan itu, Puteri Sarah berkata, ia berkaitan dengan menganggu ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

"Saya mengharapkan semua orang dekat sini (video live Instagram) mendoakan supaya benda ini jatuh kepada kes jenayah," katanya.

Sarah

Kemelut di antara tiga individu ini masih belum berakhir.

Terdahulu, pada Isnin lalu, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, memerintahkan Ira Kazar untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.

Menerusi perkongsian itu, Puteri Sarah juga bingung kerana dalam kes tersebut dirinya seolah-olah orang ketiga yang menganggu rumah tangga orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mahkamah perintah Ira Kazar tak ganggu Puteri Sarah

"Sepatutnya saya yang pergi hentam dia, ganyang dia. Tapi dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ini sudah terbalik!

"Saya ada kawan yang merupakan isteri kedua, tetapi dia sangat hormat dengan isteri pertama dan pernah diganyang dan disihir oleh isteri pertama. Seharusnya itu yang berlaku," kongsinya.

file6jl12152wadmtykkf98

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 2014.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu tindakan yang dilakukan adalah disebabkan dia sudah tidak mampu bertahan kerana dirinya dan keluarga sering diganggu oleh pihak berkenaan.

Aktres itu menjelaskan, dia tidak mengambil sebarang tindakan sebelum ini kerana ingin menjaga aib suami dan keluarga mentua yang membuatkan dirinya bertahan selama empat tahun.

"Selagi boleh bertahan, saya akan bertahan... tetapi apabila lama-kelamaan asyik kena kacau mental, saya rasa ini tidak boleh dan saya sudah penat.

"Orang bertanya apa yang saya lakukan ini untuk dapatkan kembali suami, tetapi sebenarnya tidak. Sekarang ini saya menuntut hak saya dan hak anak-anak," jelasnya.

Terdahulu menerusi laporan media, Puteri Sarah mengaku sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain