suria

Britney Spears pindah rumah dekat dengan bekas suami demi anak

Britney Spears ingin habiskan lebih banyak masa dengan anak-anak.

SELEPAS mendirikan rumah tangga dengan Sam Asghari pada 9 Jun lalu, Britney Spears dilaporkan berpindah ke kediaman baharu di Calabasas, California, Amerika Syarikat.

Rumah agam bernilai USD$12 juta (RM53 juta) itu terletak berhampiran dengan kediaman bekas suami, Kevin Federline.

Menurut sumber, keputusan itu sangat bermakna buat Spears bagi mengeratkan hubungan dengan anak-anak memandangkan kedua-dua di bawah jagaan Federline.

Untitled design (13)

Federline bersama dengan dua anak lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears alami keguguran, mohon privasi sepanjang tempoh sukar

"Sekarang dia (Spears) tinggal di kawasan kejiranan sama dengan dua anaknya. Jadi mereka berdua boleh berkunjung dengan lebih kerap.

"Mereka juga menyambut baik keputusan ibunya untuk berkahwin lagi dan tidak ada sebarang masalah dengan perkara itu.

"Dia juga menyediakan bilik dan ruang peribadi bagi kedua-duanya di rumah tersebut. Spears berbuat demikian kerana ingin anak-anaknya berasa seperti di rumah dan bukannya sebagai tetamu," jelas sumber.

Britney Spears ingin habiskan lebih banyak masa dengan anak-anak.

Britney Spears berkahwin dengan Sam Asghari pada 9 Jun lalu.

Terdahulu Spears mendirikan rumah tangga dengan Federline pada 2004 kemudian berpisah tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Sean Preston, 16, dan Jeyden Federline, 15.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain