SENATOR Datuk Ras Adiba Radzi tidak pernah putus harapan dalam usaha mencari sahabat baiknya iaitu bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu. Gundah dengan keadaan Zalina yang masih belum ditemui, Ras Adiba meluahkan kerinduan terhadap sahabatnya itu dalam sebuah video meruntun jiwa di Instagram miliknya. Mengimbau kenangan bersama, Ras Adiba memberitahu dirinya berasa kosong apabila berada di tepi pantai kerana ia adalah salah satu lokasi kegemaran Zalina. Ras terlalu rindukan Zalina. "Zal (Zalina) ingat masa kita selalu lepak tepi pantai, awak cakap sangat suka laut dan deruan ombak. "Kini saya berada di tepi pantai, namun Zal tidak ada bersama. Pulanglah. Tolonglah pulang," katanya. Dalam video berkenaan, Ras Adiba memberitahu beliau sudah berhari-hari berusaha menjejak Zalina sejak berita kehilangannya tersebar namun masih belum mendapat sebarang petunjuk. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kenal penampilannya” - Ras Adiba minta rakam jika terserempak wanita mirip Zalina Azman, teruskan misi pencarian hari kedua ARTIKEL BERKAITAN: Lagi penemuan wanita mirip Zalina Azman, polis sahkan imbasan cap jari tidak sepadan "Sudah berhari-hari saya mencari awak, di bawah jambatan, tepi jalan, di perhentian bas. Semua tempat saya pergi akan cari awak. "Zal di mana? Baliklah Zal. Kami semua rindu dan risaukan Zal," ujarnya. Kini saya berada di tepi pantai, namun Zal tidak ada bersama. Pulanglah. Tolonglah pulang SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI Dalam satu temubual bersama mStar sebelum ini, Ras Adiba memberitahu telah menjalankan misi mencari Zalina bermula dengan sekitar kawasan rumah penyampai program Money Matter itu yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam. Tidak terhenti di situ, Ras Adiba juga cuba meluaskan pencarian di sekitar Bangsar yang merupakan lokasi pejabat lama ketika mereka sama-sama berkhidmat sebagai penyampai di TV3. Kehilangan Zalina terus jadi tanda tanya. Laporan kehilangan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman, 58, dibuat oleh anaknya Mikhael Norman, pada 29 November tahun lalu selepas cubaan menghubungi sejak 24 November bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital gagal. Berita ini turut mendapat perhatian orang ramai yang melaporkan penemuan wanita mirip Zalina namun setakat ini masih menemui jalan buntu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI